Tuesday, 24 May 2011

Sitting is killing you!!

As we enter the second decade of the 21st century, there is one thing nearly all modern Americans have in common: we sit all the time. Though our great shift towards computer-based work has done great things for productivity, it has, unfortunately, done terrible things for our health. From increased risk of heart disease and obesity in the long term, to sharply hampered cholesterol maintenance in the short term, the negative health effects of sitting are starting to weigh heavily against the benefits. Even the medical field – the greatest advocates of reducing sitting time – is plagued by this new health issue. Though doctors and nurses get plenty of walking time, it usually falls to the secretaries, billers, and coders to do all the sitting. And, as we can see, something has to change.

Sitting is Killing You
Via: Medical Billing And Coding

Monday, 23 May 2011

Kebenaran yang hakiki

"Aku mesti berterus terang..." detik hatiku...

Saya memang tidak menjaga pemakanan dua tiga menjak nih. Coklat, crisp, apa2 sahaja yang saya baking2.. entah berapa butter dah bertapa dalam badan saya ni. Exercise tak yah citerlah, jauh kaki dari kasut! (Peribahasa ciptaan sendiri) Perut yang dulu ala-ala nak kempis dah jadi macam muffin Nigella yang kembang naik elok tuh. Penimbang digital yang saya beli sewaktu awal2 bersemangat kental dulu terperosok ke bawah katil, terkadang mengintai tuannya yang dah lama tak check berat.

3 hari lepas, saya naik penimbang dan dengan bangganya penimbang memberikan angka yang cukup menyiat2 hati saya nih. 60.5kg!!

Itulah sebabnya semalam, dalam malas2 saya sarung balik kasut yang dah lama saya gantung tu. Pagi ini saya berjaya meneruskan usaha brisk-walk selama 25 minit.

Hari ini sempena hari penimbangan, berat saya 60.2kg!!

Notakaki: Nampaknya x lehla nak perasan bila balik nanti org akan cakap, 'Kurussssnyer Idaaaaaaa, tgk Re...GEMOKK!'

Sunday, 22 May 2011

Sudah berada di garis permulaan

Dah 2 hari, saya melihat bonda saudara yang memakai jersi Malaysia, menunggu di garisan permulaan dengan gaya 'on your mark' di trek balapan, Stadium Olimpik. Saya buat dekkkkkkkk jer. Malas betul rasanya dalam cuaca yang panas ni nak main lumba2. Kasut sukan yang dah beberapa kali disirami debu2 ribut pasir dek pertukaran cuaca, saya buat2 x nampak. Seluar trek yang dihadiahkan oleh my Personal Trainer (PT) sebulan yang lalu, rasa sayang lak nak pakai..heheh. Sebelum ni (sebelum masalah hangat2 taik ayam menyerang) memang x de seluar trek n rembat jer mana2 seluar yg ada, boleh jer exercise. Dah ada kelengkapan ni, malas pulak nak gi 'berperang'.

Pagi tadi, seawal 4.30 pagi, tanpa kedengaran ayam berkokok maupun cit, cit, cit bunyi burung, matahari sudah tersenyum riang menyelinap masuk ke segenap ruang rumah ni. Setelah mem'babai' PT pukul 6.30 pagi, saya meyarung jersi Arab Saudi. Namun, saya masih enggak boleh memulakan langkah ke stadium lagi disebabkan perlu menyelesaikan urusan anak2 ke sekolah. 

7.45 pagi: Siapkan susu untuk si kecil supaya mendapat masa tambahan dengan tenang. Klepok! klepok! klepok! (Hentakan kasut sukan membuang segala macam debu).

7.50 pagi: di Stadium Olimpik->Seorang wanita berjersi Arab Saudi memulakan acara memanaskan badan (brisk-walk laju sikit dari lenggang kangkung) sambil mengerling2 ke arah lawannya yang menunggu di petak pertama.

8.10 pagi: MAMAAAAAAAAAAA MASUKKKKKKKKKKKKK!!!!

Friday, 20 May 2011

Kembali Ke Petak Pertama

Hari ini saya kembali berjinak dengan DVD Denise Austin kesayangan saya. Apa yang boleh saya katakan ialah, saya seolah-olah telah kembali ke petak pertama. Bukan sahaja langkah saya kucar-kacir, malah tahap kecergasan saya juga sudah kembali ke paras terendah. Maklum sahajalah, sudah lebih 2 bulan saya tidak melakukan senaman ini.

Ketika saya kembali bersenam semula, saya merancang untuk menjadikan brisk walk sebagai senaman utama saya. Walaubagaimanapun, saya mendapati yang saya tidak mencapai kepuasan bila saya melakukan brisk walk semata-mata. Peluh yang keluar hanya sedikit, dan yang utama, saya tidak merasakan yang kadar degupan jantung saya naik (mengikut program The Biggest Loser, untuk mengurangkan berat badan, heart rate kena naik dan mantain di kadar yang tinggi).

Jadi sekarang saya ingin merombak rancangan senaman saya. Mungkin saya akan lakukan senaman 3 kali seminggu: 1 kali brisk walk, 1 kali mengikuti DVD, 1 kali di gym.

Saya rasakan yang senaman Denise Austin bersesuaian dengan saya. Bagi saya, ianya antara penyebab utama saya dapat mengurangkan berat badan. Bagi saya yang bermula dari tahap kecergasan yang rendah, senaman Denise Austin sudah cukup tinggi intensitinya. Ketika mula-muat buat, saya asyik tercungap-cungap dan memandang jam selang 30 saat. Lama-kelamaan saya semakin yakin dan berjaya tidak memandang jam langsung! Bagaimanapun, sekarang ini saya tidak akan mengikuti senaman Denise Austin secara 100%. Tadi ada beberapa langkah yang saya tidak lakukan, yang melibatkan gerak seperti skipping, twisting dan seumpamanya. Saya tidak mahu ankle pain saya datang kembali.

Oh ya, tadi buat kali pertama saya bersenam di dalam rumah dengan memakai kasut. Suami saya membelikan saya kasut ini lebih 2 bulan yang lalu. Ketika itu saya begitu teruja untuk mencuba kasut baru. Malangnya keesokan harinya saya terseliuh dan terus berehat dari bersenam. InsyaAllah bila sudah pakai kasut ini, saya tidak akan sakit tumit atau lutut lagi.

Wednesday, 18 May 2011

Info Air

Assalamualaikum wrt,

Lama x update blog ni, cuma update berat yg yoyo tu jer sbb memang x exercise dan x jaga pemakanan tapi nak jgk kempis. Makan yogurt sekejap bila baca info dr Tini, masa tu angan2 nak makan 10 yogurt sehari supaya cepat2 kempis..haha, tapi 2 yogurt sehari pun macam kura2 nak habiskan.

Dah tu sekarang ni tgh mabuk baking, biasalah amateur.. ada jadi, ada x jadi. Kalau jadi, ramai yang sudi makan, kalau x jadi, perut omak ni lah yang kena habiskan. Nak buang sayang. Bila nak kempis ntah..

Anyway, ni ada 2 link berguna tentang air:-

Thursday, 12 May 2011

Hari ini saya tidak berjalan-jalan di taman. Sebab utamanya ialah keadaan jerebu yang agak 'tenat' sekarang ini. Patutlah semalam saya rasa seronok saja berjalan di taman, saya ingatkan cuaca mendung, tapi rupa-rupanya jerebu. Nampak gayanya saya kena cari jalan lain untuk menggerakkan badan petang ini. Mungkin berjalan di dalam rumah? Atau cuba buat DVD Denise Austin? Kita tengok nanti...

Pagi tadi saya menonton rancangan Oprah Winfrey. Pengisiannya ialah tentang pemakanan sihat. Oprah menemuramah wartawan, namanya X Pollan (saya tonton rancangan in di separuh masa terakhir, jadi tak dapat tangkap apa nama wartawan tersebut). Wartawan ini sudah menulis 4 buku mengenai pemakanan sihat dan kalau tak silap saya, dia juga terlibat dengan pembikinan dokumentari Food, Inc.

Menarik juga temu ramah ini. X Pollan menekankan betapa pentingnya untuk makan 'real food'. Sebagaimana yang kita tahu sesetengah makanan segera cuma ada ayam atau daging pada nama sahaja, sedangkan kandungannya entah apa-apa.

Katanya lagi elak makan makanan yang mengandungi bahan yang kita tidak boleh pronounce (sebut). Maksudnya segala bahan kimia lah. Beliau menasihatkan untuk makan makanan yang akan reput. Ya lah, kalau lambat rosak, maksudnya sudah banyak bahan kimia yang ditambah.

Nasihatnya juga "eat all the junk food that you cook". Maksudnya boleh makan 'junk food', tapi mesti yang dibuat sendiri. Contohnya kentang goreng. Kalau nak makan, beli ubi kentang, potong dan goreng sendiri. Tiada bahan pengawet atau garam yang berlebihan.

Si X Pollan amat tidak bersetuju dengan pengambilan makanan yang diproses. Malah dia hanya makan daging dari lembu yang makan rumput dan tidak disuntik antibiotik, sepertimana satu lagi nasihat darinya "only eat animals that have eaten well".

Kata penutup dari beliau ialah "eat food, more plants, not much". Saya rasa ini satu nasihat yang bagus lagi tepat.

Mungkin saya akan cari buku beliau.

Tuesday, 10 May 2011

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama saya tidak menjengah laman ini. Sebab utama ialah kecederaan kaki lah. Tuan doktor menyuruh saya berehat dari bersenam selama 6 minggu.

Minggu ini sudah minggu ke 7. Saya boleh berjalan seperti biasa, tetapi kaki tetap berasa sengal bila berjalan turun tangga, duduk antara 2 sujud dan ketika bangun dari tidur. Apa yang pasti, saya perlu mengubah senaman saya, supaya kaki kiri saya tidak terbeban. Berlari is a big no no, aerobics pun saya belum berani, jadi buat sementara waktu ini saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada DVD Denise Austin kesayangan saya.

Hari Sabtu lepas saya bersenam di gym selama 1 jam 15 minit. Saya kayuh basikal (20 min), berjalan diatas treadmill (20 min), kayuh mesin sambil berdiri (tak sampai 10 min - tak tau apa nama mesin ini), dan selebihnya saya buat weight training. Pagi tadi pula saya berjalan dengan kelajuan sederhana di taman selama 45 minit. Tidak tahulah berkesan atau tidak sebab heart rate tak naik pun. Peluh sudah semestinya keluar sebab saya jenis yang mudah berpeluh dan suhu sekarang ini amat tinggi macam di Gurun Sahara.

Dari segi pemakanan, kadang-kadang saya makan berhemah, dan kadang-kadang tidak. Cabaran terbesar ialah kacang bersalut tepung yang sekarang ini 'tersengih' di dalam tupperware di sebelah komputer ini. Dulu saya makan roasted peanut satu sudu sahaja dalam sehari (ikut nasihat Nida), tetapi kini saya ambil lepas segenggam, segenggam. Di pendekkan cerita, saya perlu lebih berdisiplin dari segi pemakanan.

Di permulaan tempoh berehat, saya gundah gulana memikirkan objektif yang tercampak entah ke mana. Bila saya bersungut kepada suami yang badan saya kembali gemuk, dia jawab "tak apa, at least you tahu you boleh kurangkan berat badan." Ada ke patut dia jawab macam itu? Lagilah saya naik lemak. Memang sekarang selera makan saya makin mencanak.

Sekarang saya mahu mengamalkan gaya hidup sihat semula. Tetapi saya akan buat senaman yang ringan-ringan sahaja, dan mungkin setakat 3 kali seminggu sahaja. Objektif saya buat masa ini ialah 'ke arah gaya hidup sihat' (poyo tak?). Saya tidak mahu fikir pasal berat badan buat sementara waktu ini.

Oh ya, berat badan saya sekarang ini ialah 56 kg.

Merangka Gabungjalin Tugasan & Latihan

(Sedap bunyi tajuk tu..)

Masih lagi dlm usaha merangka utk menggabungjalin tugasan harian seorg hamba & suri rumah juga antara exercise ruhi & fizikal..

Kejayaan dlm latihan mengakrabkan hubungan dgn Pencipta melalui penambahan kualiti dan kuantiti latihan amal harian d bln lps membuahkan hasil juga wp tidaklah 100%. Manakala dlm kualiti sbg surirumah masih byk yg perlu dperbaiki..

Fokus yg septtnya ditambah adalah latihan tazkiah nafsiah yakni mensucikan hati/diri dr segala sifat mazmummah. Juga latihan memupuk sifat2 mahmudah. Selain itu, kualiti latihan komunikasi sesama insan pun perlu dpertingkatkan.

Juga perlu/ptg utk lbh berdisiplin, menjaga masa dan mengurus masa dgn baik. Jika begitu, aktiviti2 yg membuang masa dan yg krg bermunafaat hdklah ditinggalkan termasuklah tidor yg pjg, angan2 yg pjg, menungan yg pjg, byk ckp, byk gelak ketawa, byk tgk TV, byk main comp, ..

Utk latihan fizikal pula..dlm dok bertangguh2..dan antara nak dgn taknak..berjaya juga melangkah keluar d jalanan tmn wp setakat tmn permainan..almaklumlah bawa cucu2..tp sbg permulaan dan pemangkin d ptg Jumaat tu ke arah hari yg lbh baik..

Dteruskan d pagi Sabtu apb suami mengajak menghantar anak ke kelas hjg minggu d Damansara langsung singgah d TTPerdana yg lbh berseri setlh sekian lama kami tidak bersantai ke sana. Wp hy 1/2 jam krn perlu bergegas pula ke majlis meraikan pengantin d Cheras Perdana tp tetap menceriakan hati..

Pg Ahad..dgn keberatan dan mood yg teruk menyonsong suami dan anak berjln kaki d tmn terus menuju ke Ampang Avenue bersarapan..dan berjln balik semula dlm 20 minit juga..

Maasyaa Allaah.

Thursday, 28 April 2011

Beralih Ke Objektif Terakhir

Semua org mesti mahu gaya hidup yg baik/sihat. Saya pun. Tp sejauh mana ia akan menjadi kenyataan terpulang kpd kesungguhan kita dan kehendakNya. Byk lagi la kot faktor2 lain termasuk cabaran2 yg menanti yg mesti ditempuhi samada dgn jayanya. Ataupun dgn gagalnya..

Sbnrnya masuk bulan kedua ni ingat nak fokus lbh kpd kerja2 rumah/mengemas rumah yg dah lama tunggang langgang ni d samping meneruskan aktiviti2 senaman/berjln laju, yg dikemudiankan bln lps sbb fokus utama adalah physical exercise. Tp tau2lah. Bkn senang ya. So, ada yg berjaya dan ada juga yg masih blm berjaya.gi.

Masuk minggu ketiga tiba2 fokus tertukar ke exercise ruhi pula. Mengemaskinikan latihan komunikasi dgn Pencipta dan meningkatkan kualiti dan kuantiti latihan amal harian. Mengemaskan latihan istifar 70/100x sehari dan latihan bacaan AlQuran 40 ayat setiap hari. Latihan bacaan Al Maathurat pun cuba juga dbuat. Test2 jugak latihan solat sunat Tahajjud, solat sunat Hajjat, solat sunat Taubat dan solat sunat Fajar.

Minggu keempat ni, d samping meneruskan aktiviti2 latihan d minggu ke 3, latihan wirid tasbih, tahmid dan takbir juga ada dtambah d samping latihan mengemaskan solat sunat rawatib qabliah dan ba'diah. Try2 juga latihan solat sunat Dhuha, solat sunat Awwabin dan solat sunat Witir. Hrp2 berjayalah dgn exercise ni..

Berbalik kpd diet dan exercise, berat badan turun juga d minggu ke 3 wp tak buat/krg latihan fizikal.

Tp d minggu ke 4 ini, diuji dgn pening2 kepala dan angin2 badan. Bila angin ni..makan pun rasa mcm tak makan..rasa tak penuh..makan lagi..dan lagi..utk menyelesakan perut dan badan..tp walhasilnya berat badan naik semula..

Tp pelik juga..sat tadi pi timbang..slps sarapan dan ke bilik air..94.3/2kg? Hari tu, tak ingat hari apa, kalau tak silap 94.0kg?

Wallahu a'lam.

Trip ke PP/Kedah bermula pagi esok hingga Isnin 2 Mei..

Monday, 18 April 2011

Apa nak buat ye..?

Tak tau nak plan exercise apa utk bln ke 2.

Brisk walk/jln2 keliling tmn, turun naik jln berbukit krg membuahkan hasil sebgmn yg dhrpkan. Sebln brisk walk..20 kali. Ada yg 20 minit (3x), ada yg 25 minit (2x), ada yg 30 minit (3x), ada yg 35 minit (2x), ada yg 40 minit (4x), ada yg 45 minit (5x) dan ada yg 50 minit (1x), cuma dpt turunkan berat badan sebyk 1/2 kg sj..

Ajakan2 sidia nampaknya tak berapa menjadi..exercise bandlah..gymlah..entah ke mana..

Alih2 dah tak exercise 2 minggu utk bln ke 2 ni. Apa nak buat ye..?