Tuesday, 10 May 2011

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama saya tidak menjengah laman ini. Sebab utama ialah kecederaan kaki lah. Tuan doktor menyuruh saya berehat dari bersenam selama 6 minggu.

Minggu ini sudah minggu ke 7. Saya boleh berjalan seperti biasa, tetapi kaki tetap berasa sengal bila berjalan turun tangga, duduk antara 2 sujud dan ketika bangun dari tidur. Apa yang pasti, saya perlu mengubah senaman saya, supaya kaki kiri saya tidak terbeban. Berlari is a big no no, aerobics pun saya belum berani, jadi buat sementara waktu ini saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada DVD Denise Austin kesayangan saya.

Hari Sabtu lepas saya bersenam di gym selama 1 jam 15 minit. Saya kayuh basikal (20 min), berjalan diatas treadmill (20 min), kayuh mesin sambil berdiri (tak sampai 10 min - tak tau apa nama mesin ini), dan selebihnya saya buat weight training. Pagi tadi pula saya berjalan dengan kelajuan sederhana di taman selama 45 minit. Tidak tahulah berkesan atau tidak sebab heart rate tak naik pun. Peluh sudah semestinya keluar sebab saya jenis yang mudah berpeluh dan suhu sekarang ini amat tinggi macam di Gurun Sahara.

Dari segi pemakanan, kadang-kadang saya makan berhemah, dan kadang-kadang tidak. Cabaran terbesar ialah kacang bersalut tepung yang sekarang ini 'tersengih' di dalam tupperware di sebelah komputer ini. Dulu saya makan roasted peanut satu sudu sahaja dalam sehari (ikut nasihat Nida), tetapi kini saya ambil lepas segenggam, segenggam. Di pendekkan cerita, saya perlu lebih berdisiplin dari segi pemakanan.

Di permulaan tempoh berehat, saya gundah gulana memikirkan objektif yang tercampak entah ke mana. Bila saya bersungut kepada suami yang badan saya kembali gemuk, dia jawab "tak apa, at least you tahu you boleh kurangkan berat badan." Ada ke patut dia jawab macam itu? Lagilah saya naik lemak. Memang sekarang selera makan saya makin mencanak.

Sekarang saya mahu mengamalkan gaya hidup sihat semula. Tetapi saya akan buat senaman yang ringan-ringan sahaja, dan mungkin setakat 3 kali seminggu sahaja. Objektif saya buat masa ini ialah 'ke arah gaya hidup sihat' (poyo tak?). Saya tidak mahu fikir pasal berat badan buat sementara waktu ini.

Oh ya, berat badan saya sekarang ini ialah 56 kg.

4 comments:

  1. Bestnyerrrrrr maksu, 56kg!! Tanpa exercise & enjoy2 makan gitu. Apa rahsianyer? Ida dok gantung kasut lg, loni musim panas suhu 40C. Mlm kul 10 pon 39C -> alasan ..hihi. Dah berenti, nak start balik, bercintaaaaaaa sungguh.

    Pembetulan, bukan 1 sudu sehari, 1 sudu setiap meal (meal - 4x sehari -> 4 sudu besar). Lebih kurang segenggam gitu sehari.

    ReplyDelete
  2. Ida.. mak su pun terkejut bila berat maintain, entah2 scale mak su tipu kot haha. Yg pasti pakaian dah longgar. Cuma la ni badan flabby balik. Mak su rasa pemakanan faktor penting kot.

    Bestnya boleh makan kacang segenggam sehari. Tak le mak su rasa 'berdosa' sangat sbb malam tadi makan cashew nuts 2 genggam!

    ReplyDelete
  3. Bestnyo dio..cuti2 pon..berat bade turon 2 kg lagi..

    ReplyDelete
  4. Hok dokto tok bagi cuti pon cuti habih ni..

    ReplyDelete