Thursday, 12 May 2011

Hari ini saya tidak berjalan-jalan di taman. Sebab utamanya ialah keadaan jerebu yang agak 'tenat' sekarang ini. Patutlah semalam saya rasa seronok saja berjalan di taman, saya ingatkan cuaca mendung, tapi rupa-rupanya jerebu. Nampak gayanya saya kena cari jalan lain untuk menggerakkan badan petang ini. Mungkin berjalan di dalam rumah? Atau cuba buat DVD Denise Austin? Kita tengok nanti...

Pagi tadi saya menonton rancangan Oprah Winfrey. Pengisiannya ialah tentang pemakanan sihat. Oprah menemuramah wartawan, namanya X Pollan (saya tonton rancangan in di separuh masa terakhir, jadi tak dapat tangkap apa nama wartawan tersebut). Wartawan ini sudah menulis 4 buku mengenai pemakanan sihat dan kalau tak silap saya, dia juga terlibat dengan pembikinan dokumentari Food, Inc.

Menarik juga temu ramah ini. X Pollan menekankan betapa pentingnya untuk makan 'real food'. Sebagaimana yang kita tahu sesetengah makanan segera cuma ada ayam atau daging pada nama sahaja, sedangkan kandungannya entah apa-apa.

Katanya lagi elak makan makanan yang mengandungi bahan yang kita tidak boleh pronounce (sebut). Maksudnya segala bahan kimia lah. Beliau menasihatkan untuk makan makanan yang akan reput. Ya lah, kalau lambat rosak, maksudnya sudah banyak bahan kimia yang ditambah.

Nasihatnya juga "eat all the junk food that you cook". Maksudnya boleh makan 'junk food', tapi mesti yang dibuat sendiri. Contohnya kentang goreng. Kalau nak makan, beli ubi kentang, potong dan goreng sendiri. Tiada bahan pengawet atau garam yang berlebihan.

Si X Pollan amat tidak bersetuju dengan pengambilan makanan yang diproses. Malah dia hanya makan daging dari lembu yang makan rumput dan tidak disuntik antibiotik, sepertimana satu lagi nasihat darinya "only eat animals that have eaten well".

Kata penutup dari beliau ialah "eat food, more plants, not much". Saya rasa ini satu nasihat yang bagus lagi tepat.

Mungkin saya akan cari buku beliau.

4 comments:

  1. Ida x setuju jgk dgn nugget, sosej etc tp kdg2 time malas (ermmmm...kerap) + x der idea nak masak breakfast, benda2 ni lah Ida hidangkan utk anak2 :(

    ReplyDelete
  2. Rumah maksu pun hidang juga nugget & sausage. I think the key is moderation. Kalau nak eliminate 100% takut tak practical pula.

    ReplyDelete
  3. it's difficult to find organic meat..

    ReplyDelete
  4. Seorg kawan Ky/HCy yg jadi pakar kat IMR ada kata benda2 organic ni pun kita kena hati2 juga..sbb ada menggunakan baja drp najis babi..

    ReplyDelete