Hari ini saya kembali berjinak dengan DVD Denise Austin kesayangan saya. Apa yang boleh saya katakan ialah, saya seolah-olah telah kembali ke petak pertama. Bukan sahaja langkah saya kucar-kacir, malah tahap kecergasan saya juga sudah kembali ke paras terendah. Maklum sahajalah, sudah lebih 2 bulan saya tidak melakukan senaman ini.
Ketika saya kembali bersenam semula, saya merancang untuk menjadikan brisk walk sebagai senaman utama saya. Walaubagaimanapun, saya mendapati yang saya tidak mencapai kepuasan bila saya melakukan brisk walk semata-mata. Peluh yang keluar hanya sedikit, dan yang utama, saya tidak merasakan yang kadar degupan jantung saya naik (mengikut program The Biggest Loser, untuk mengurangkan berat badan, heart rate kena naik dan mantain di kadar yang tinggi).
Jadi sekarang saya ingin merombak rancangan senaman saya. Mungkin saya akan lakukan senaman 3 kali seminggu: 1 kali brisk walk, 1 kali mengikuti DVD, 1 kali di gym.
Saya rasakan yang senaman Denise Austin bersesuaian dengan saya. Bagi saya, ianya antara penyebab utama saya dapat mengurangkan berat badan. Bagi saya yang bermula dari tahap kecergasan yang rendah, senaman Denise Austin sudah cukup tinggi intensitinya. Ketika mula-muat buat, saya asyik tercungap-cungap dan memandang jam selang 30 saat. Lama-kelamaan saya semakin yakin dan berjaya tidak memandang jam langsung! Bagaimanapun, sekarang ini saya tidak akan mengikuti senaman Denise Austin secara 100%. Tadi ada beberapa langkah yang saya tidak lakukan, yang melibatkan gerak seperti skipping, twisting dan seumpamanya. Saya tidak mahu ankle pain saya datang kembali.
Oh ya, tadi buat kali pertama saya bersenam di dalam rumah dengan memakai kasut. Suami saya membelikan saya kasut ini lebih 2 bulan yang lalu. Ketika itu saya begitu teruja untuk mencuba kasut baru. Malangnya keesokan harinya saya terseliuh dan terus berehat dari bersenam. InsyaAllah bila sudah pakai kasut ini, saya tidak akan sakit tumit atau lutut lagi.
good..good..moga2 yg gantung kasut bersemangat balik..hmmm...sapa tu?
ReplyDeleteSapa?
ReplyDelete