Saya memang tidak menjaga pemakanan dua tiga menjak nih. Coklat, crisp, apa2 sahaja yang saya baking2.. entah berapa butter dah bertapa dalam badan saya ni. Exercise tak yah citerlah, jauh kaki dari kasut! (Peribahasa ciptaan sendiri) Perut yang dulu ala-ala nak kempis dah jadi macam muffin Nigella yang kembang naik elok tuh. Penimbang digital yang saya beli sewaktu awal2 bersemangat kental dulu terperosok ke bawah katil, terkadang mengintai tuannya yang dah lama tak check berat.
3 hari lepas, saya naik penimbang dan dengan bangganya penimbang memberikan angka yang cukup menyiat2 hati saya nih. 60.5kg!!
Itulah sebabnya semalam, dalam malas2 saya sarung balik kasut yang dah lama saya gantung tu. Pagi ini saya berjaya meneruskan usaha brisk-walk selama 25 minit.
Hari ini sempena hari penimbangan, berat saya 60.2kg!!
Notakaki: Nampaknya x lehla nak perasan bila balik nanti org akan cakap, 'Kurussssnyer Idaaaaaaa, tgk Re...GEMOKK!'
No comments:
Post a Comment