Monday, 28 February 2011

On Your Mark..

Susah juga nak bertanding ni..msg2 dgn objektif yg agak berbeza..sorang nak fokus kpd gaya hidup sihat, mengecilkan bhg bwh badan dan menurunkan sekadar 2-5kg shj..sorang lagi nak fokus kpd flat belly diet..ambo pulak wp objektif kedua2 org tu ambo tak boleh ketepikan ttp tentulah fokus utama ambo kpd penurunan berat badan..

The Biggest Loser program nampaknya lbh sesuai utk ambo sorang je..sbb TBL mmg fokus kpd menurunkan berat badan..dan para pesertanya berat melampau2/obes mcm ambo..adik ambo dan anak saudara ambo ni tak duduk dlm kategori obes pd mata ambo dan org lain wp mengikut kiraan BMI msg2 dkira sbg obes..tp obes thp beginner..

Kalau mcm tu nak kena bertanding sorang2 ke ni..atau nak ajak orang lain yg sekategori berlawan sama..kaum kerabat dr Kelantan nampaknya tak sorangpun menyahut seruan ambo..yelah..mrk pun tak obes..

Ataupun pertandingan blh diteruskan ttp kena ubah cara memilih pemenang. Berdasarkan siapa yg dpt mencapai target msg2 yg mmg tersendiri..maknanya kita bersaing dgn diri sendirilah..

Selain drp mengambilkira berat badan sbg pemboleh ubah, kita juga blh mengambilkira perubahan dlm ukurlilit pinggang, ponggong dan paha sbg faktor penentuannya. Mmg masa ambo buat pemeriksaan kesihatan dgn The Malaysian Cohort dulu, ukurlilit pinggang dan ponggong ini juga diambil sbg penentu kadar/thp kesihatan/kecergasan kita..

So kita buat mcm tulah ya..kita akan merekod berat badan permulaan, ukurlilit pinggang, ponggong dan paha permulaan..jom isi jadual pengukuran dan progress msg2..

Tell Me About Malaysian Calories

(Petikan dan terjemahan dari akhbar The Star 27 Feb 2011)

Kalori dalam makanan:
1 pinggan nasi lemak kosong tanpa lauk - 644 kcal (sama dgn 3 mangkuk nasi putih biasa)
1 ketul ayam goreng - 290
1 gelas teh tarik - 83
1 keping roti canai dengan kuah dhal - 360
1 keping roti telur dengan kuah dhal - 414
2 telur masak separuh dengan roti kosong (tanpa kaya, butter, kicap) - 227
1 pinggan wantan mee - 409
1 pinggan mi goreng mamak - 660
1 pinggan nasi campur dengan 3 lauk (eg sayur, telur, ayam) - 620

Keperluan kalori harian: Berat dalam kg X 30
Untuk menurunkan berat badan 0.5 kg seminggu tanpa senaman: tolak 550 dari angka di atas

Tips untuk menurunkan berat badan:
1. senaman sekurang-kurangnya 5 kali seminggu, 30 minit setiap kali, untuk meningkatkan metabolisma dan membakar lemak.

2. Makan kurang setiap kali, tetapi tingkatkan kekerapan makan 'hidangan mini' setiap hari. Kurangkan nasi hingga separuh dari biasa.

3. Minum air kosong dan teh hijau. Elakkan minuman manis.

4. elakkan makan dan minum lebih dari 500 kcal setiap kali makan.

Saturday, 26 February 2011

Menguruskan Badan

Untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan, anda mesti ada matlamat kenapa anda ingin kurangkan berat badan. Mengurangkan berat badan bukanlan jawapan untuk semua masalah anda tetapi ia boleh mengubah anda kepada berat badan yang sihat dan meningkatkan keyakinan anda, kerja anda, kehidupan sosial anda, kepercayaan pada diri sendiri dan boleh berinteraksi dengan orang lain.

[BR] Menguruskan badan tidak melibatkan diet yang menjadi kegemaran anda atau cara makan yang aneh. Anda boleh menguruskan badan dengan selamatnya sekiranya makanan yang seimbang kurang lemak diambil dengan jumlah yang sederhana.

[BR] Makanan yang anda ambil akan bertukar menjadi tenaga. Tenaga boleh didapati daripada protin, karbohidrat dan lemak. Tenaga disukat dengan kalori. Kurangkan kalori dari makanan dan minuman. Sekiranya anda mengambil kalori yang lebih dalam pemakanan anda dan kurang bakar lemak, tambahan tenaga akan menyimpannya sebagai lemak. Badan menggunakan banyak tenaga apabila anda bersenam dan ia akan mengurangkan lemak di dalam tisu badan anda.

[BR] [BR] Makanan yang berlemak hendaklah dikurangkan. Elakkan daging berlemak tinggi seperti sosej dan daging kisar. Ayam hendaklah dimakan tanpa kulit dan ikan hendaklah dipanggang, bakar atau ketuhar dan tidak digoreng. Pilih daging yang telah dibuang lemaknya. Kurangkan makanan manis, gula, pai dan pastry berempah, biskut, kek, makanan rangup dan kacang. Semua ini berlemak tinggi dan kurang nutrien. Gantikan susu berlemak penuh dengan yang kurang lemak seperti susu kurang lemak, yogurt kurang lemak dan keju kurang lemak.

[BR] Sentiasa melakukan senaman kerana ia penting untuk anda. Tiga kali seminggu dalam jangkamasa dua puluh minit sehari boleh membakar lemak. Lakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti berjalan, memanjat tangga dan tidak menggunakan lift, berbasikal dan berenang. Menari juga adalah cara yang baik untuk senaman tambahan. Ia boleh mengurangkan berat badan dan kesihatan dan kesegaran badan akan menjadi bertambah baik. Berat badan anda akan sentiasa berubah setiap hari. Oleh itu, timbang berat anda seminggu sekali.

[BR] Anda mesti makan secara teratur. Jangan tinggal waktu-waktu makan anda. Apabila hendak makan, gunakan pinggan yang kecil supaya makanan anda nampak banyak. Anda mesti lebih prihatin terhadap apa yang anda makan. Elakkan makan snek waktu malam dan makan di hadapan TV.

BR] Jangan fikir untuk mengurangkan pengambilan makanan secara mendadak (makan ganti kalori rendah, minuman, sup dan sebatang snek). Makanan-makanan ini tidak memberi makanan seimbang bernutrien seperti makanan biasa. Air dan protin akan hilang daripada badan dan bukannya lemak yang berlebihan. Apabila anda makan seperti sediakala, air dalam badan akan bertambah dan ini akan menambahkan lagi berat badan anda. Mereka yang mengamalkan cara pemakanan begini akan menambahkan lagi berat badan mereka setiap kali mereka makan seperti biasa.

Klik di sini untuk ke link asal.

Going Vegetarian, Anyone?

Semalam borak2 dengan mak kawan Yasmin. Sebelum ni saiz badan dia boleh dikategorikan sebagai sederhana, tak gemuk, tapi tak juga kurus. Tapi sekarang, walawei... dah slim mlim macam model. Bila dia pakai short skirt, nampak betisnya yang kurus runcing. Umur dia dalam lewat 40an kot... Teruja dengan perubahan bentuk badannya, I pun buka mulut bertanya. Macam ni lah lebih kurang perbualan pendek kami:

Me: Waah you look so slim. Have you been exercising?

Her: No larr.. where got time? I just walk here there, here there in the office.

Me: But you've slimmed down!

Her: I'm on diet actually. I've gone vegetarian. It's like that one. It's easy for me to lose weight when I turn vegetarian.

Me: So what do you eat haa? (dengan muka tak percaya)

Her: Beans, dhall, tofu, vegetables.

Me: You eat dhall with what aah? Bread is it?

Her: No, I eat it with rice.

Me: Ohh I see (silly me. Lupa pula yang vegetarian boleh makan nasi).

Me: How do you cook the tofu?

Her: Ohh macam-macam.. masak kicap, sambal, anything. We also eat tempe. The vegetables I cook Chinese style.

Me: How much weight have you lost?

Her: 2 - 3 kilos.

Me: Oh, that doesn't sound like much. (sambil tengok dia atas bawah atas bawah). But I think you've lost a lot of inches because you look so slim.

Her: Yes, all my pants and skirts become loose already.

******

Rasanya diet vegetarian ni sesuai untuk I, sebab my major concern is to lose inches (fat kat peha dan bum). Tapi I tak ada willpower untuk ikut tabiat kambing (i suka makan kambing actually). So, mulai hari ini, I nak banyakkan makan sayur dan belajar makan tofu, tapi pada masa yang sama akan terus makan ayam, ikan dan daging. BOleh ke cam tu .. macam hasilnya jadi lagi banyak makan je hehe.

So, anyone up to trying the vegetarian diet?

Thursday, 24 February 2011

Sakit Lutut

Dah hampir 2 minggu sakit lutut. Masa mula2 start exercise okay je. Lepas tu stumbled accross Dolf Lungren Lunge and Squat exercise. Exercise ini bagus untuk mengecilkan peha (masalah besar bagiku).. so I gave it try.

Sempat buat 2 hari je. Bila dah sakit lutut, terus stopped the exercise. Masalahnya, sampai sekarang lutut masih sakit. Macam mana nak exercise ni?

Masuk hari ni, dah 6 hari stopped exercising. Makan pula macam anak ikan paus (refer my blog on what I've been up to for the past few days). So berat badan naik balik .. huhu.

p/s: kak yah, T tak boleh nak update my weight kat post kat bawah. Tak de tanda 'pencil' sebelah Comment.

Ky/Hcy jwb : Takde tanda pencil ye wp T/Ida dah sign-in ke blog ini? Maknanya Ky/Hcy sorang je ke yg blh edit2 wp posts T/Ida punya?

I stick to FBD.

Esok weekends + satu hari cuti tambahan (sempena menyambut kepulangan King Abdullah yang semakin sihat setelah lama berubat di US). Anak2 pula semua dah tido, hubby ajak teman tengok bola tapi sebab tak minat tengok bola, jadi curi peluang untuk update blog tanpa gangguan.senyumkenyit

Kita semua ada cara tersendiri untuk diet. Begitu juga saya. I choose to stick with Flat Belly Diet (FBD) sebab memang aim pun untuk mengempiskan perut/merampingkan pinggang.rindu

Kalau google macam2 jenis diet ada, kadang2 sampai naik confuse mana satu nak follow. fikir My advice is to stick to one type of diet that suitable with your aim.

Dah pernah try beberapa jenis diet, i.e: diet skip one meal, adus, diet tak makan nasi, nangih dan diet kurangkan kuantiti makanan, lapar. Jadinya tak istiqomah sebab laparrrrrrrr..sengihnampakgigi

Jadinya, saya nak stick to my FBD. First2 start FBD 2 bulan lepas, follow jugakla 4 days Anti-bloat Jumpstart. Memang fikir byk kali jugaklah, sanggup ke 4 hari pertama, makan tanpa garam dan minum tanpa gula. 4 hari pertama hanya 1200kcal per day dibenarkan dan dibahagikan kepada 4 meals, breakfast, lunch, snack dan dinner. Saya tahan tanpa garam dan gula selama 4 hari, tapi in between meals, saya cilok! ihikhik

Selepas 4 hari pertama, dah boleh makan bergaram dan minum bergula. FBD menyarankan supaya mengambil 1600kcal per day. So, yeay boleh makan banyak! tepuktangan.

Ini adalah reason yang diberikan, 'Anyone can lose weight on a 1200kcal-calorie diet. But here's what you also lose: muscle, bone density, zest for living, sanity, and, if u follow a diet like that for too long, your sense of humor!' Part hilang sense of humor tu yang paling saya tak maunya. Paling penting mengikut buku ni ialah fokuskan kepada health dan juga energy.

Buku ini juga menyarankan supaya bersenam untuk mempercepatkan mencapai target. Exercise yang disarankan ialah cardio exercise, strength training dan core-focused exercise. Setiap minggu masa training will be increased.

Jadinya, since exercise will be increased, tapi kalori intake dikekalkan. Saya harap akan berlaku kalori defisitlah.doa

Nak juga bagitau. Alhamdulillah, dengan izinNYA, hari ni adalah hari ke-6 brisk walk for 30 minutes as a start. Tak strictly follow FBD exercise lagi cuma to get the momentum. Saya berjaya exercise pada minggu pertama! celebrate

Terima kasih saya ucapkan pada hubby yang tolong tengok2kan anak2 semasa saya exercise, anak2 saya yang penyabar, kedua2 bonda saudara saya yang berjaya create blog ni supaya sentiasa motivated dan juga competitor yang menyemarakkan semangat . Eh, rasa cam terima award pulak!ihikhik

Cabaran minggu pertama to get the momentum sudah dilepasi. Doakan semoga saya berjaya mengekalkan momentum pada minggu hadapan.

Tuesday, 22 February 2011

Merekod Berat Permulaan

Kalau dah setuju, mari kita mula dgn merekod berat permulaan kita..

REKOD BERAT BADAN PERMULAAN BAGI SETIAP AHLI/ PESERTA DLM KG UTK AWAL THN 2011

AHLI 1 : Yasmin's Mummy
AWAL JAN : 60 kg
AWAL FEB : kurang sikit dari 60kg (tak accurate coz tak de digital scale
AWAL MAC :

AHLI 2 : Ibu WA Alim
AWAL JAN : 95kg
AWAL FEB : 95kg
AWAL MAC :

AHLI 3 : Nida
AWAL JAN : 6okg
AWAL FEB : 60kg
AWAL MAC :

AHLI 4 :

Monday, 21 February 2011

Setting Pertandingan

Mari kita set betul2 target Grup Merak kita ni..

Apa kata kita buat betul2 mcm TBL?

Objektif pertandingan :
Kita bertanding siapa yg dpt hilangkan berat badan plg byk. Utk lbh adil kita akan kira dr segi peratus kehilangan berat badan.

Tempoh pertandingan :
1 thn iaitu d sepjg thn 2011 ini, bermula dr awal thn/Jan/Feb/Mac hingga ke hjg thn /Dec 2011. Sessi penimbangan berat badan secara sendiri2 akan diadakan d awal thn ini dan thn berikutnya/2012.
Wbp kita juga akan memilih pemenang bulanan d setiap awal bln.
Sessi penimbangan berat badan mingguan d setiap awal minggu/setiap hari Isnin kena buat juga la kot.

Cara2/Kaedah2 :
Cara menurunkan berat adalah bebas, tidak terhad dan sendiri2, samada dgn diet pemakanan, aktiviti/latihan fizikal/kecergasan, rawatan/ubatan d/dr pusat2 kesihatan/kecantikan dll. Tp kaedahnya hdklah diberitahu secara jujur kpd ahli/peserta yg lain.

Hadiah/Denda :
Pemenang dberi hadiah dan peserta yag kalah/tiada perubahan ddenda. Ada cadangan?

Lain2 :
Selain itu, setiap ahli grup ini akan berkongsi maklumat, mengemas kini perkembangan semasa dan saling memotivasi antara satu sama lain.

Saturday, 19 February 2011

maher zain insyaAllah versi melayu

Mengira kalori

Salam,
Ari ni belom buat mana2 exercise termasuk exercise jari-jemari (cuci pinggan n lipat kain) dan exercise pinggang (bongkok2 vacuum n ngemop), dah ngadap blog. Ouch! Tak naklah end up exercise goyang kaki dan exercise jari telunjuk (ngadap komputer dan goyang2kan kaki bawah meja dan tekan2 keyboard guna jari telunjuk) ajer dan exercise perut (perut bergetar gelak2 dok baca komen). takbole

Sekarang kul 10am, so ada 12 jam lagi to do everything. Tadi dok tekan2 blog diet my twin cousins, Tini and Lynn x dapet, pastu belek2 balik bawah profile, taraa..dapat korang. Di sini rupanyer..menari.

Tapikan tengok korang punya weight, aduhai kurus2nyer. Tapi jomlah, let's get healthy dan Jom Lawan!women
2 hari lepas, janji lepas update blog ni, nak brisk walk kan, tup, tup..hubby ajak pi Home Centre (shopping Mall), so pi brisk walk dalam tu.sengihnampakgigi

Semalam lepas warm-up vacuum dalam rumah, terus brisk walk 30 minutes at 3.30pm. Cuaca 21C, memang cun-cun untuk exercise. Abang dan Jat join sama sebab semalam weekends di sini. Warm down pulak menyapu debu2 di laman, geram nengok sepanjang dok brisk walk tu.around

I need between 1600-1800kcal based on my weight and daily activities.

18 Feb. (Semalam)
Breakfast

Nasi Lemak(400kcal) dan Shai Ratu (Jamu Tea Mustika Ratu, 0 kcal)

Jumlah kalori makanan dirujuk di sini. Jumlah kcal tea try google tadi semua tulis 0.


Beli Jamu Tea Mustika Ratu sebab terkejut ada di rak2 diet di sini. Biasalah bila baca untuk kempiskan perut, terus ambik.sengihnampakgigi

Kudap2an sebelum makan tengahari:
3 ketul chocolate.. lapar (220 kcal-check dalam Fitness Pal kalori chocolate )

Tengahari:
Memenuhi permintaan Abang nak makan ni..


Keropok Lekor (seketul 170 kalori -> 2 ketul 340) dan sebiji buah oren (42 kalori) dan luper apalagi masuk dalam perut ni masa lunch semalam sebab tengahari tak masak nasi. Lebihan nasi lemak hubby habiskan sowang2.

Petang:
Pizza Arab cheese and honey (1 slice - 250kalori). Tak sempat ambik gambor dah habis dalam kereta!jelir
Malam:


Sekeping cucur topi (banyak sungguh menyerap minyak kuih nih, kalau goreng pisang 170 kalori, congak2 sendiri kuih ni 200kcal) dan...
macaroni beef soup! (233 kcal)

Jumlah kalori masuk:
1685kcal++ (sebab luper makan apa lagi waktu tengahari)

Jumlah kalori keluar:
Brisk walk - 30 minit = 114kcal (check dalam Fitness Pal)
Sit Up 10 kali = sikit jer kot sebab dalam pengiraan mengikut Fitness Pal, vigorous gitu, me?! Not that vigorous!

Ok! Dah! Stop! Gatal gi upload gambar sebab tu lah lama ngadap benda ni..

Friday, 18 February 2011

Eating without thinking

Yes, that's what I did yesterday. Selepas beberapa hari control makan, tiba2 last night I went out of control pula. Entah lah, brain ni buat justifikasi, I've earned it. Ugghh..

Yesterday's menu:

Breakfast: 2 slices wholemeal bread with jam, 1 cup tea

Post-exercise snack: 1 small banana

Lunch: 1 small scoop rice (3 sudu besar kot), 1 sotong rebus, 1 ketul kecil ayam goreng, 1 senduk sayur goreng

Tea: 1 mug Nescafe Gold decaf coffee (1.5 tsp coffee, 1 tsp sugar, 1 sachet creamer)
3 ketul kecil cekodok!! (alasan: pisang dah lebam, so buat cekodok)
1 small tub no fat Yoghurt

Dinner: 1 bowl Nestle Fitness cereals with Nesvita Omega milk

Snack: Lays crisps!!!!! (share dgn Hubby. Entah2 dah telan 500kcal! Bukan lapar, tapi terliur tengok hubby dok krup krap krup krap sambil tengok movie Sumolah on Astro).
1 mug green tea

Exercise: Strength training 30 min.

My hubby is underweight and his body fat pun 14% je.. dlm category Fit, borderline Athletic dah. Me? Normal weight, but ke arah overweight actually.. dan body fat 29.5%! I definitely cannot eat what he eats...

Hari ini mesti ada self control.

Thursday, 17 February 2011

Impian..

Assalamualaikum wrt,

Baruuu check-in, janji nak masuk semalam. Boleh x kasik alasan sebab dok jauh? sengihnampakgigi

Impian cuma satuuuuuuuu jer, nak perut yang kempis. Betulllllllllll2 kempis.

Kalau boleh nak seramping kerengga.

Kalaulah perut ni kempis, macam2 fesyen baju yang diperagaan pada patung2 tuh, bolehlah badan ni sarungkan.rindu

Siap beli buku ni tau, nak tahulah teknik2 mengempiskan perut dengan jayanya.

Tapi, 8 hari jer bertahan. Hubby memang memberi sokongan yang penuh. I can list more than 10 reasons kenapa tak dapat bertahan, tapi bak kata pepatah melayu;

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.


Bila auntie, YM started her healthy lifestyle and auntie comel, IWA nak join too. Anak sedara yang comel ni pon nak join jugak to get motivated. Tak mau dah sekerat jalan. Moga2 dengan joinnya The Biggest Loser Mini Malaysia ni, kempislah perut nih.

So, semalam 'klepok, klepok' mengetuk kasut jogging yang dah berhabuk dan alhamdulillah, berjaya brisk walk for 30 minutes. Sambil2 brisk walk tu mulut dok membebel kat Pik dan Iman sebab kejap pakai jaket kejap bukak jaket sedangkan dua2 asyik selsema dan batuk2.

Hari ni lom brisk walk lagi.siul Ni baru kul 7.10pm, moga2 sempatlah brisk walk sat lagi. Ok, kena roger and outlah nampaknya.

Quotes

Happiness is not a station you arrive at, but a manner of travelling
- Margaret Lee Runbeck

Only those who will risk going too far can possibly find out how far one can go
- TS Eliot

Success is going from failure to failure without losing enthusiasm
- Winston Churchill

All the knowledge I possess everyone can acquire, but my heart is all my own
- Johann von Goethe

Indecision is often worse than wrong action
- Gerald R Ford

Wednesday, 16 February 2011

My Goals

Ini kira formal check in to our group.

Actually my BMI is still in the normal range. Habis tu, kenapa nak diet? Sebab, dah sedar diri yg seluar dan kain semua makin ketat. My pear body shape pula dah menunjukkan tendency untuk berubah ke bentuk bola. Terasa lemak makin naik ke arah atas badan. Agaknya sebab kat bawah dah banyakkk sangat lemak, dia decide untuk mengembangkan kawasan jajahan ke bahagian lain pula. Lagi satu sebab, I know how unhealthy my lifestyle is. Langsung tak ada physical activity. Sometimes when I walk senget2 because of the pain in my feet, I feel like I'm my mother's age. And she's 37 years older than me.

Yang membuatkan semangat lebih membara ialah I baru discover The Biggest Loser (okay I'm slow). I fikir, if they can do it, I surely can. Selama ini my biggest problem is takut nak exercise. Takut sakit, takut penat. Tak suka panas, benci peluh.

So I took the plunge. I started exercising. I read about fitness. Bila dah banyak baca, my goal berubah sikit. Ini dia my goal as of now:

Sihat tubuh badan melalui exercise dan pemakanan seimbang
- I mahu tubuh yg sihat, ada tenaga, tidak berpenyakit.
- I want to lose fat. Last week I checked, my fat percentage is 29.5%. My goal now to reduce is to 26%.
- I want a more balanced body. That means reducing my lower body size. Rasanya ini yg paling sukar because I basically sit all day long.

It would be nice to lose 2kg of weight, but that is secondary now. Goals di atas lebih penting.

Monday, 14 February 2011

Latar Belakang

Masa kecik2 dulu saya ni kurus je. Berapa kilo tak taulah sbb masa dulu2 tu tak timbang pun. Mana nak cari penimbang berat badan masa tu. First time timbang berat badan ni rasanya masa djh 6. (Mungkin masa djh 1 dah pernah timbang tp me can't recall). Sbb cikgu nak masuk rekod apa kenamanya entah masa tu dah lupa. Rekod yg diisi d thn terakhir sekolah rendah sbg rekod peralihan nak masuk sekolah menengah. Tp tak ingatlah berapa berat yg drekod masa tu. Mungkin saya ada sebut 70/72 kg kat kakak. Tp, mana ada, kata kakak saya, kot masa tu. Mungkin sbnrnya dlm 70/72 paun. Logikla kan..

Tingkatan 1, badan saya masih kurus melidi.

Tingkatan 2, besar sikit, tak gemuk tp takla melidi lagi. Mungkin meleper sikit. Aktiviti masa tu kuat sukan. Segala masuk. 100M, 200M, 4x100, 4x400, lompat jauh. Jadi olahragawati sekolah utk peringkat bwh 16 thn pd thn itu. Bola jaring, bola tampar. Sampai ke peringkat zone. Badminton pun try jugak. Tp taklah sampai ke mana pun. Setakat latihan seminggu dua/sebulan dua d Loko Koso (Local Council)..

Tingkatan 3, badan dah jadi montel. Montel manis. Tak gemuk. Cikgu Bokun dah kata dah masa penghujung form 2 tu. Hm..lps cuti bln 11/12 ni badan mesti naik. Sbb bercuti dr segala aktiviti fizikal kat sekolah. Pahtu makan kuat. Sbb dah terbiasa makan kuat sblm itu utk menampung segala aktiviti yg lasak tu. Dah tu pulak hjg thn ni musim hujan. Sejuk. Makan juga utk haba/memanaskan badan. Mmg betul sgt. Naikpun..

Tingkatan 4, badan slim balik. Kuat juga main thn ni wp tak sekuat/sehebat d tingkatan 2 dulu. Lari 100M, 4x100, 4x400 utk peringkat sekolah. Lompat jauh, sampai ke peringkat negeri d Stadium Sultan Mohamad. Sbb budak yg septtnya jadi wakil tak boleh pi. Ayah dia tak bagi. Main bola jaring, bola tampar. Hoki luar musim 7 sebelah..

Tingkatan 5, tragedi semasa naik tingkatan 3 berulang kembali. Aktiviti luar dkrgkan sbb thn pereksa. Utk sukan, cikgu cdg masuk acara lontar peluru, baling cakera dan baling lembing je. Tp saya takde skill main benda2 ni. Jadi, tunggang langganglah jadinya. Peluru2, cakera2 dan lembing2 tu. Utk acara lari2 dah tak kuat. Sbb badan dah berat. Kali ni badan dah tak montel manis lagi dah..gemuk kasar ada. Rasa buruk je..

1982, awal thn, yg pasti pulak berat badan ni dtimbang masa lps SPM. Kan nak isi borang permohonan UPU. Rasanya berat badan masa tu d sekitar 50kg atau lbh sikitla..

1982/83, Matrik 1 d STSSS. Badan masih montel berisi. Susah dah nak cari seluar PJ masa tu. Semuanya sendat. Menonjolkan terutamanya bhg paha. Seluar PJ zaman tu semuanya dr jenis kain dan pesen yg sebegitu. Takde yg mcm skrg yg ada 2 lapis tu. Yg lapis dlmnya nipis/lembut/jarang dan lapis luar mcm kain + plastik tu..

1983/84, Matrik 2 d kampus induk. Badan slim sikit. Sukan2 dan aktiviti fizikal/kecergasan dah tak buat. Mmg takde peluang/kelayakan nak jadi pemain kampus dlm apa2 acarapun. Mentelah awakpun konon2 nak jadi feminin pulak..

Thn 1, 2, 3..Badan tu tak la ketara gemuk. Tp berat meningkat ikut thn akedemik menaik..

1990, thn terakhir d Penang.

1990, hjg thn, umur 26 thn, badan dah sehat semcm dan berat mencecah 59/60kg..

(dlm 8/9 thn berat badan bertambah dlm 8/9/10kg)

1991, Feb mula kerja d Trg. Try diet dlm thn tu dgn makan nasi sejumlah sederhana. Tak byk sgt dan tak sikit sgt. Tak tambah. Ambil lauk jenis yg krg minyak/lemak dan bykkan sayuran. Minum byk air kosong. Senaman ringan dlm 3 kali seminggu. Senaman dgn baju kurung balik kerja ptg tu sambil baring2 d lantai tgk Tv. Dr awal thn ke hjg thn tu. Lbh krg 10 bln. Berat badan turun dr 59>53. Lps tu masuk bln puasa. So sbb dah puasa d siang hari, jadi mlm mkn tak pantanglah. Fikirkan lama dah berdiet. Bln puasa ni sebln je nak makan pun. Tu pun d waktu mlm je dpt makan. Waktu siang tak makan. Alih2 habis bln puasa berat badan dah naik ke asal semula hy dlm masa sebln itu sj..

Lps tu dah tak diet/senaman lagi. Wp d thn terakhir d KT pergi aerobik 3 bln tp tak jadi apa.

1996, Feb, tinggalkan TRg dgn berat badan 68/69/70 kg..

(Maknanya dlm 5 thn dok Trg berat badan naik dlm 10kg
)

1996, Feb 24, mai KL. Baru kahwin. Dah tak kerja. Umur 31/32.

2001, awal thn, belum mengandung masa tu. Umur 36/37. Berat dah capai 78/79/80 kg..

(Dlm 5 thn naik lagi 10 kg).

2001, Feb, mengandung..

2001, hjg Oct, masa cukup bln tu berat badan naik sampai 94 kg..

(Kenaikan 14/16kg semasa mengandung)

(Wp normalnya kenaikan d antara 9-11kg)

2001, Nov 2, bersalin. Berat badan turun ke 78 semula..

Lps tu naik balik pelan2. 80/82. Naik lagi sehingga tak ingat sgt dah berapa2..

2005, umur 40/41. Berat mungkin d sekitar 90kg..

(Atas andaian/graf yg sama dgn sblm2 ini, kenaikan 10kg/5 thn)

(Dr Harlina Halizah Siraj pernah cakap dlm satu seminar kekeluargaan Islam anjuran MARA/Puspanita d Plaza Bkt Bintang sblm thn 2000an, wanita slps bersalin setiap org anak naik berat badan 5 kg).

2008, Jun, ada buat pemeriksaan kesihatan percuma dgn The Cohort Malaysia. Program utk mengkaji semula punca2 jenis2 penyakit utama, kendalian HUKM dan Kementerian Kesihatan Malaysia kot. Berat badan yg dsukat masa tu 96kg..

(Kalau mcm tu, dlm masa 2 1/2 thn berat meningkat sebyk 6 kg)

(Graf mcm masih betul).

2009, awal thn, d sekitar Jan/Feb/Mac/April tu berat mencapai 99.++..

Bila dia mencanak naik tu tak taulah. Tak perasan. Tp septtnya kalau ikut graf sblm2 ni berat badan ni blm septtnya sebegini.

(Dlm masa 3 thn berat dah meningkat sebyk 10kg)

(Ni tak blh jadi ni).

2009, Jun 18, buat pemeriksaan kesihatan kat HSC. Berat 96kg. Dietician kat situ suruh turunkan berat badan ke 90kg dlm masa 6 bln iaitu 1kg utk 1 bln utk mencapai 90kg d Dec 2009 tu. Wp target yg septtnya d capai ialah 70kg. Utk tempoh berapa lama tak taula..

2009, Oct, Actually, sblm pegi Mekah dah turun ke 94.

2009, Nov 16, pergi Mekah. Umur 45 thn. Berat badan mmg turun tp sbb tak timbang tak pastila berapa. Mungkin 90/92/94 kg.

2009, Dec 22, Slps Mekah, pergi Madinah 8/9 hari. Rasa mcm badan naik semula. Tp tak pasti berapa berat juga. Sbb tak timbang juga.

2010, Jan 1, Itulah, balik ke sini berat 92/93/94 kg. Mula2 tu maintain.

2010, Jun, Lps 6 bln dia balik normal. Pergi ke 95/96/97 kg..

2011, awal thn, skrg ni umur 46/47. Berat dok main 94/95/96. Byknya dok d 95kg. Kalau penimbang tu betullah. Hrp2nya betullah.

Sbb grafnya mcm ada harapan. Mula mendatar dan hrp2 menurunlah ya!

Sunday, 13 February 2011

Akram, Arkam, Karam, Rakam, Marak, Merak, Kerak, Karak, Karas, Keras

Akram-Arkam-Karam-Kamar-Rakam-Ramas-Marak-Merak-Merah-Marah-Kerak-Karak-Karas-Keras-Kemas-Masak-Samak-Semak-Serak-Serasi-Selesa.

Korang pilihlah nama yg korang nak!

Merak Marak boleh!

Mara Marak boleh!

Mara Marak Merak boleh!

Merak Mara Marak boleh!

Merah Merak Mara Marak boleh!

Apa-apa pun boleh!

Wednesday, 9 February 2011

Wednesday, 9 February 2011

The Culprit

I've acquired a new habit. That is, checking calorie content on food packagings. For someone who never bothered about calories, fats, and the likes, it's a mind opener to discover that there's actually useful information on our standard food packagings.

The shocker happened at the grocery shop yesterday. While perusing rows upon rows of my favourite beverage (coffee, if you haven't already known), I found my usual 3-in-1 purchase and took a close look at the calorie information. My eyes almost jumped out of their sockets when I saw that a sachet of the said 3-in-1 contains about 350 kcals! My oh my, that's about a quarter of my daily calorie requirement!

In a way, I'm happy that the 3-in-1 boasts such a huge calorie count. I have now singled out one of main reasons for my bulging thighs. The right thing to do is to eliminate the offending item out of my shopping list right away. Since I'm not ready to forgo coffee altogether, I'm opting for alternatives that do not take up such a huge portion of my daily calorie need. I noticed that Indocafe has only 10kcals per serving. Even after adding 1 tsp each of sugar and creamer, I'm pretty sure the total calorie won't reach anywhere near 350 kcal.

As the saying goes, knowledge is power. Now I know that for sure.