Monday, 28 February 2011

On Your Mark..

Susah juga nak bertanding ni..msg2 dgn objektif yg agak berbeza..sorang nak fokus kpd gaya hidup sihat, mengecilkan bhg bwh badan dan menurunkan sekadar 2-5kg shj..sorang lagi nak fokus kpd flat belly diet..ambo pulak wp objektif kedua2 org tu ambo tak boleh ketepikan ttp tentulah fokus utama ambo kpd penurunan berat badan..

The Biggest Loser program nampaknya lbh sesuai utk ambo sorang je..sbb TBL mmg fokus kpd menurunkan berat badan..dan para pesertanya berat melampau2/obes mcm ambo..adik ambo dan anak saudara ambo ni tak duduk dlm kategori obes pd mata ambo dan org lain wp mengikut kiraan BMI msg2 dkira sbg obes..tp obes thp beginner..

Kalau mcm tu nak kena bertanding sorang2 ke ni..atau nak ajak orang lain yg sekategori berlawan sama..kaum kerabat dr Kelantan nampaknya tak sorangpun menyahut seruan ambo..yelah..mrk pun tak obes..

Ataupun pertandingan blh diteruskan ttp kena ubah cara memilih pemenang. Berdasarkan siapa yg dpt mencapai target msg2 yg mmg tersendiri..maknanya kita bersaing dgn diri sendirilah..

Selain drp mengambilkira berat badan sbg pemboleh ubah, kita juga blh mengambilkira perubahan dlm ukurlilit pinggang, ponggong dan paha sbg faktor penentuannya. Mmg masa ambo buat pemeriksaan kesihatan dgn The Malaysian Cohort dulu, ukurlilit pinggang dan ponggong ini juga diambil sbg penentu kadar/thp kesihatan/kecergasan kita..

So kita buat mcm tulah ya..kita akan merekod berat badan permulaan, ukurlilit pinggang, ponggong dan paha permulaan..jom isi jadual pengukuran dan progress msg2..

6 comments:

  1. Oh blog kita sudah berwajah baru.. I like :)

    Err koreksion.. BMI saya 23.4, masih dalam kategori normal..

    Camne ya nak teruskan pertandingan ini? Ataupun kita tak payah bertanding.. cukup sekadar encourage each other dan paparkan progress masing-masing di laman ini. Bila kena report progress di sini, baru ada motivasi (pressure) untuk exercise.

    Sungguh horror untuk mengira ukur lilit pinggang, punggong dan peha. Bab ini sure I'll fail dengan jayanya. But I agree, we should do this. K Yah buat la macam blog competitor kita tu.. ada ruang permanent kat tepi khas untuk kita punya statistics (tapi tak memalukan ke nak menampal ukurlilit badan kat sini.. jangan ada lelaki yg kita kenali masuk ke sini dah lah).

    ReplyDelete
  2. betul betul. tak perlu bertanding. sekadar jadi support system for each other. takpe, kita geng. tini pun obese, alhamdulillah sudah dpt kurangkan berat sejak tulis weight journal. dulu 80+ kg, dan kandungan lemak 43%+ [ini paling horror] tsk tsk.

    ReplyDelete
  3. Hcy..first2... sukerrrrrrr layout baru.

    x po la x tanding pun, kita encourage each otherlah cam maksu royak tp kena reportlah aktiviti yg dilakukan baru semangat gitu. cam maksu yg dah start ke gym tu, kenaling weh org sini ;)

    err..ida pon horror jgok nok letok ukurlilit ni, boleh letak pinggang as 'spt 5 bulan mengandung' dok? hihi.. or boleh dok hok ida, ida tulis gini, pinggang as x, punggung, y n poho, z. Kalu turun 1cm, ida tulis x - 1cm. Sesungguhnya saya adalah seorang yg cukup pemalu.. awwwww..

    ReplyDelete
  4. Tini.. ini strategi untuk mengelirukan pihak lawan kerr (jgn marah, gurau je hehe).

    Nida: Itulah tujuannya maksu update kat blog pasal pergi gym.. supaya org lain semangat utk exercise sama. Gelak sakan maksu part x-1, y, z .. mcm belajar modern math pula. (p/s: baru makan 1 sudu besar p'nuts.. letak sampai rumbu hehe).

    IWA: T dah update ukur lilit tapi tak tau la tepat ke tak. Utk pinggang, T ukur part paling kecil, punggung & peha part paling besar. Peha kat celah k*n*k*n* gitu haha (err x-rated ke ni?) Susah nak ukur punggung n peha sbb susah nak letak taliukur mendatar.. bacaan asyik berubah2.. dahlah guna tali ukur kertas je yg ambil dari Ikea.. utk punggung terpaksa sambung 2 tali ukur lagi sobsob

    ReplyDelete
  5. Nak tanding jugak..dah d garisan ni..dan nak menang..

    Ky/Hcy tak pulak rasa malu ttg ukuran2 tu..agaknya sbb ukuran2 tu dah tak memberi makna/btk lagi..

    Dan terfikir jugak idea x-1, y-2, z-3 tu..tp mcm tak bestla pulak sbb tak nampak jelas/real/telus..

    Sbnrnya Ky/Hcy pun tak pasti jugak mana tempat nak ukur tu..tp mmg dah ambil ukuran pinggang d tempat plg lekuk tu..pttnya itu tempat plg rampinglah kan..dan tempat tu juga rasanya tempat ukuran pinggang yg diambil masa nak jahit baju/pinggang kain..?

    Utk punggong mmg sesuailah ambil d tempat yg plg besar..dan itu juga tempat yg diambil ukuran ketika membuat baju/kain..kalau tak nanti tak muat nak pakai baju/kain tu..

    Utk paha pun blh ambil d tempat ukurlilit plg besar samada betul2 d pangkal paha @ bwh sikit ttp kena ambil ukuran d tempat yg samalah utk setiap kali pengukuran dbuat d setiap minggu/bln..

    ReplyDelete
  6. ukur lilit badan? malulah nak letak ukuran badan. pinggang tak boleh kalah :P

    ReplyDelete