Tuesday, 8 March 2011

Cabaran Makan

Saya banyak kali terbabas sepanjang minggu lepas. Dalam masa seminggu, saya dah makan goreng pisang (2X), cakoi, sukun goreng, cekodok pisang, otak2, big apple donut, roti canai, nasi lemak. Saya juga minum air manis di kedai: kopi, cham (tak boleh lari dari kopi). Itu belum campur mengunyah2 keropok dan crisps. Dan.. lidah lembu bakar (nyum nyum). Inilah bahananya bila sesekali saya pergi berbelanja di pasar tani. Kalau boleh satu pasar tani saya nak borong.

Nasib baik stok makanan tersebut sudah habis, kecuali lidah. Tapi saya pergi jenguk dalam peti ais, ada 3 jenis coklat Cadbury, Kinder Bueno dan Toblerone. Sebenarnya saya beli Cadbury dan Kinder Bueno sebagai bekalan untuk percutian kami di Singapura. Saya risau kalau-kalau kami kelaparan. Macamlah Singapura tak ada makanan halal. Akhirnya bekalan yang di bawa tidak pun di makan, dan di bawa balik semula ke Malaysia.

Nampaknya saya kena tukar fokus hidup saya, dari memikirkan soal makan kepada benda-benda lain yang lebih berfaedah.

Sebelum itu.. saya sudah selamat ngap itu coklat Cadbury hehe. Saya rasa bendera P akan berkibar tak lama lagi.. sebab itu saya asyik nak makan benda2 manis sahaja. Saya nak tanya, geng-geng di sini bersenaman ke sewaktu P? Bulan lepas saya senaman semasa P, dan amazingly saya tak dapat senggugut langsung (selalunya saya rasa lenguh2 di kaki sewaktu P). Tapi dua hari selepas P berakhir, ada satu insiden yang membuatkan saya agak panik dan terus menelefon IWA di Ampang. jadi bulan ini saya tak pasti samada akan terus senaman atau tidak..

4 comments:

  1. Maksu..yr listed food make me salivate tamboh2 lidoh bakar tuh...nyum, nyum, nyum, nyum!

    Maksu..Ida x de sapa exercise time P lagi sbb sblm ni kusssssss semangat x de sapa 2 minggu ;)

    ReplyDelete
  2. Tini lagi best, dah setahun setengah tak P. Tiga-tiga anak macam tu, selagi tak wean, selagi tu tak P :-)

    ReplyDelete
  3. Ky/Hcy pun dlm Mac ni rasa mcm makan lbh dr biasa. Tanya AWe, byk exercise ni akan buat kita tambah berat badan ke? Dia jwb, tak.

    Sbnrnya apa yg Ky/Hcy maksudkan ialah bila kita lagi aktif adakah kita akan lbh byk makan dan krn itu akan tingkatkan berat badan juga?

    Ky/Hcy rasa takde masalah utk exercise masa P. Logik bila T kata rasa sakit tu tiada..tp rasa tak logik pula utk insiden yg berlaku tu berkaitan dgn exercise yg dbuat. Biasanya ia berkaitan dgn perubahan dlm hormon yg berkaitan juga dgn umur.

    Ky/Hcy rasanya akan teruskan juga wp ddatangi P..

    ReplyDelete
  4. Nida: I know you like lidah bakar. Hmm.. malam ni nak bakar lidah lagi lah (sadis tak?)

    Tini: Best nya, tak payah nak deal dgn mood swing (ke ada jugak?)

    IWA: Saya pun minggu lepas tanpa disedari makan lebih banyak dari biasa. Bila saya belek2 journal pemakanan saya, baru saya perasan. Rasanya okay makan lebih sikit, cuma kualiti makanannya kena bagus, ie kurangkan makanan berlemak, bergoreng & manis (opps kena kat batang hidung sendiri). Okay saya akan teruskan bersenam, tapi buat yang ringan-ringan seperti berjalan lenggang2 dan brisk walk.

    ReplyDelete