Monday, 14 March 2011

Laporan minggu ke-3

Start minggu ke-3 adalah cukup menduga kecekalan.penat

Anak bongsu saya, Iman, demam sedih bermula pada hari Khamis (3 Mac). Demamnya melarat sehingga ke hari Selasa. Namun, saya masih sempat exercise 45 minit setiap hari tiap kali Iman menonton rancangan Imagination Movers & Barney.

Hari Isnin, Iman mula merengek2 tidak mahu ditinggalkan. Tidurnya tidak nyenyak siang dan malam. Hari ini jugalah timbangan mingguan dibuat, berat saya:

59.1kg

Hari Selasa, Iman tidak benarkan saya meninggalkannya sendirian. Namun, saya masih sempat memasak walaupun sekadar menumis ikan sardin dan telur dadar untuk anak2 yg pulang dr sekolah. Saya sendiri cuma sempat makan ala kadar. Berat mula menurun.

58. 6kg

Hari Rabu, saya hanya sempat masak nasi. Iman tidak mahu ditinggalkan langsung. Saya cuma sempat menelan Indo-Mee (ala2 maggi), sebiji limau dan sebiji pisang. Anak2 yg pulang dari sekolah, saya cuma suruh makan roti disapu mentega gula. Perut saya kelaparan amat, tapi Iman tidak membenarkan saya kemana2 hatta ke tandas pun. Alhamdulillah, nasib baik bila saya beritahu mahu solat, Iman benarkan tapi saya solat disisinya.

Sementara menunggu kepulangan suami, angin sepoi2 bahasa mula menyelinap ke dalam badan, kepala mula berdenyut2. Bila hubby pulang, saya sempat makan nasi tapi hanya dalam kuantiti yang sedikit sebab takut termuntah bila badan dah masuk angin. Berat saya turun ke

57.4kg.senyum

Hari Khamis dan Jumaat hujung minggu. Iman pun dah sihat. Saya pun mula membantai macam2 ala2 balas dendam gitu. Berat badan saya mula naik. Hari Khamis juga saya ter'miss' exercise!! arghhhh!!

Dua malam berturut2, Jumaat dan Sabtu saya makan pizza banyak 'slices' dan chicken wings, banyak 'winges', toi..yong, yong, yong, yong... makin seronok saya menambah berat badan. Malam Sabtu berat saya mencecah

60.4kg
nangih

Hari Ahad, saya mula sedar diri. Bila hubby melihat hidangan malam saya (dan juga utknya, anak2 makan nasi macam biasa)cuma sekeping kecil dada ayam yang dibakar tanpa garam, bertimbun brokoli rebus tanpa garam, separuh tomato dan 1/2 slice of cheddar cheese, hubby cakap, "Ni mesti sebab berat badan naik?", mestilah saya mengiyakannya.

Bangun pagi tadi, alamak, hari ni hari penimbangan mingguan! Berat saya adalah..jeng, jeng, jeng...

59.6kg
gigil

Tidak mengapa, tidak mengapa... lagipun saya...malu



9 comments:

  1. Apo ppakat naik belako (2 org jah) nih?

    ReplyDelete
  2. Da.. chicken wings.. sungguh 'berdosa' kalau makan banyak2 hehe. Cuba limit setakat 1 atau 2 saja. Pizza can be good or bad, depending on what you put on top. Tak pe la boleh dimaafkan sbb Ida baru lepas stress sbb Iman sakit. Tapi jgn jadikan amalan harian ya (peringatan buat diriku jua yg baru lepas ngap Cadbury chocolates).

    IWA: Ni nak kena marah dgn ai ni. Sejujurnya saya masih belum hilang kejutan tengok menu yg awak letak kat post Ida yg pasal nasi arab tu. Bukan pasal lamb chop, tapi menu sepanjang hari itu. Saya rasa k Yah kena buat rombakan menu. Saya nampak banyak sangat yg manis & berlemak dlm menu k Yah.. lebih baik k Yah pilih sesuatu yg mengenyangkan.

    p/s: sorry jika bahasa agak kasar. Tujuan saya hanya untuk menyedarkan. Nanti bila turn saya, tolong sedarkan saya juga ya.

    ReplyDelete
  3. Menu hari tu tak drancang. Kebetulan ajak Awe gi make nasi belauk sbb kat rumah budak2 dah beli sarapan nasi lemak dan roti canai. Tgh hari aWe & Alim gi kenduri, Ky/Hcy tak masak. NLemak tu septtnya utk Azim tp dia makan nasi yg Awe bawa balik dr kenduri. Naziha makan another pulut pagi jadi Ky/hcy perabih nasi lemak. Lamb chop tu pun tersasul. Sbnrnya kami otw utk exercise tp Awe kona gi gerai makan..

    ReplyDelete
  4. Hcy..sbb kita sama2 makan byk...hihi. Jom hcy kita kawal cara pemakanan pulok nak?

    YM..oh, ye ker? Ida napok chicken wing tu kiut comel jer, geraaaamm tgk, terus ngap! ngap! ngap! hahaha.. Sokmo Ida x terliur mana tgk pizza, chicken wing tu terliur sokmo, sokmo. X taulah, 2 hari tu rasa sedappppppnyer pizza nih...ok, ok, utk menghilangkan rasa 'berdosa' tu, week 4 ni ingat nak control sikitlah makan.

    ReplyDelete
  5. Tahniah k da, turun berat konsisten

    ReplyDelete
  6. takpo takpo. dah terlajak, kenalah konar baring minggu ni hehehehe....

    ReplyDelete
  7. IWA: Jgn ulangi lagi ya hehe..

    Ida: Tak silap maksu lah, chicken wing lah part yg plg banyak lemak.

    ReplyDelete
  8. Hcy..bakpo ya Awe gi konar ke gerai makan doh nok gi exer?

    Da..pembetulan...naik dgn konsisten! ;P

    Tini..lamo doh x dgr konar baring..hahaha

    YM..betulla tu maksu, Ida rasa pon minyak mmg byk di chicken wing tu, tp the taste.. mak oih..dellllicious! :P

    ReplyDelete
  9. Sbb keluar dr rumah dah 6.30pm. Ingat nak p gym @ TTTWangsa, mana sempat, sbb masa ada tak sampai 1 jam pun dgn travel sekali.

    So, Ky/Hcy kata, dr tak jadi nak p buang kalori, jom p tambah kalori..Awe dah cakap makan yg ringan2..dah sebut2 tauhu bakar..

    Sampai sana nampak yong tau fu teringinla pulak..tp Awe tak tunjuk muka setuju..order tauhu bakar utk dia..p cari somtam utk Ky/Hcy..krn tak jumpa somtam Ky/Hcy order lambchop..kenalah pulak harga promosi..dr 13.90 ke 9.90..tp bila dtg dpn berlambak dlm pinggan (3 pcs + french fries + sos lagi).

    Tu yg kena marah kat Awe..sampai esoknya dia dok sebut2 lagi..sbb dia semangat sgt dok sokong program ni.

    ReplyDelete