Wednesday, 9 March 2011

Citer Hati dan Air

Mula2 nak citer pasal hati.love
Hati kita mempunyai banyak fungsi. Since ini belog diet, jadi cuma nak citer fungsi hati yang berkait dengan diet ajer. Antara fungsi hati ialah:

1) menyahkan toksik
organ hati berfungsi untuk mendetoksifikasi darah iaitu menyaring dan membuang bahan2 kimia/beracun di dalam darah.

2) Pembentukan dan Pengeluaran lemak
menukarkan simpanan lemak kepada tenaga untuk kegunaan badan.

Pada suatu ketika, (saya pun dah lupa bila), saya dok google (pon dah lupa pasal apa) tapi ter'stumble' upon satu slide show diet. Agak menarik fakta yang diberikan sehingga saya ingat sampai sekarang. Mengikut slide tersebut mengapa kita sukar untuk menurunkan berat badan adalah kerana sepatutnya salah satu fungsi utama hati adalah menukarkan simpanan lemak kepada tenaga untuk kegunaan badan. Namun, disebabkan kesibukan kita2 di zaman sekarang menyebabkan kita grab jer something that is easy to cook.

Katalah saya suka beli chicken pop corn, nuggets, canned food dimana makanan2 ini dihasilkan supaya tahan lama - preservatives, supaya nampak cantik -coloring. Banyak kalau nak saya senaraikan bahan2 dapur saya yang boleh tahan sehingga setahun lebih seperti kicap, cili sos etc. Preservatives dan coloring dihasilkan dari bahan2 kimia.

Ok, sekarang cuba bayangkan betapa banyaknya bahan2 kimia telah masuk ke badan kita setiap hari? Cuba bayangkan pula betapa kuatnya hati kita perlu bekerja untuk menyaring dan seterusnya menyingkirkan bahan2 kimia tersebut? Mengikut slide tersebut lagi, hati kita terlampau bekerja keras untuk menyahkan toksik dari darah sehingga fungsi paling utama iaitu menukarkan lemak kepada tenaga terpaksa diketepikan. Kesiannnn lemak yang tersimpan tu..

Sekarang citer air pula. Air yang asli lagi bersih juga dapat membantu kita menurunkan berat badan. Air membantu menghentikan secara semulajadi perasaan nak makannnnn jer, wah hal bukan perut yang lapar tetapi mulut. Air juga dapat membantu badan merubah lemak simpanan.

Kekurangan air di dalam badan menyebabkan peningkatan deposit lemak. Tau jelah kan maksud deposit. Kalau nak beli kereta, pasti kena bayar deposit setongkol. Begitu jugalah dengan deposit lemak yang saya dah letak dalam badan ni...bertongkol2.

Apabila kita meningkatkan air iaitu minum air mengikut keperluan badan kita, sebenarnya ia dapat membantu mengurangkan deposit lemak.

Sebabnya begini:

Buah pinggang kita tidak dapat berfungsi dengan berkesan apabila kekurangan air. Bila buah pinggang tidak dapat berfungsi mengikut kapasitinya, mulalah buah pinggang nak lepaskan segala pekerjaannya kepada...jeng, jeng, jeng...sapa lagi kalau bukan hati. Ok, tadi dahlah hati sibuk dok saring bahan kimia/beracun dari darah, sekarang pula terpaksa melakukan kerja2 buah pinggang. Apalagi, salah satu kerja utama hati iaitu menukarkan lemak simpanan kepada tenaga terpinggir semakin jauh.

Natijahnya, penukaran lemak simpanan kepada tenaga oleh hati terpaksa dibuat secara ala kadar sahaja maka makin bertambahlah lemak disimpan dalam stor pinggang, punggung dan paha saya nih dan paling haru ialah menyukarkan penurunan berat badan.

Jadi, jom kita sama2 tingkatkan kembali fungsi utama hati kita dengan menjaga pemakanan. Cubalah sedaya upaya mengurangkan pembelian makanan berbahan kimia.

Ni satu contoh mudah yang saya terbaca, sekiranya kita mengambil vitamin C tablet. Katalah, terover dos vitamin yang dimakan, ianya àkan tersimpan di dalam buah pinggang. Namun, sekiranya kita mendapatkan vitamin C asli dari buah limau, anggur, kiwi ciptaan Ilahi, sekiranya berlaku dos berlebihan iaitu makan buah limau 10 biji sehari, ianya akan dikeluarkan melalui air kencing.

So, jom kita makan makanan yang asli dan jom kita makan nasik lemak sebab makcik yang jual nasik lemak tak letak preservatives!

Tadikan saya google2lah pasal kena minum 8 gelas air ni, banyak pulak pandangan yang menyebabkan saya confuse. Saya malas betul bila satu2 perkara menyebabkan saya kena berfikir terlalu dalam, yang tu kata gitu, yang ni kata gini.

Saya bersetuju dengan cadangan yang menyatakan setiap individu memerlukan keperluan air yang berbeza dan tak letak pulak cara pengiraan mengikut berat ker, umur ker, jantina ker, jadik camner la saya yang naif ni nak tahukan berapa gelas air perlu saya minum? Jadi saya tetap nak berkepit dengan 8 gelas air dengan ucapan 'Aku ape kesah..'

*Hari ini saya berjaya minum sebanyak 8 gelas air - air madu segelas, tea jamu 2 gelas, air perahan lemon satu gelas dan 4 gelas boring plain water!
love

7 comments:

  1. Tk lah beri Ky/Hcy jawapan ini. Ky/Hcy ni malas sikit membaca2 ni..

    ReplyDelete
  2. nasi lemak? tsk tsk. kalau yang masak sendiri bolehlah... sebab pakai santan low fat. rasanya so-so, tak selemak yang mak di kampung buat [yg ni lagi power, sanggup tu dia panjat pokok kelapa semata-mata nak buat nasi lemak power utk cucu-cucunya] tapi apa nak buat, lemak sendiri dah bertongkol tsk tsk.

    ReplyDelete
  3. Sebut pasal hati, maksu dok terfikir2 pasal detox. Perlu ke kita buat detox? Kadang2 bila tengok iklan detox di akhbar, rasa teruja nak cuba, tapi tak tau mana yg bagus. Tapi kalau fungsinya sekadar buat perut memulas2 dan berulangkali pergi poo poo, maksu tak minat lah.

    Sebut pasal buah pinggang, terfikir pula pasal slimming tea & yg sewaktu dengannya. Adakah dengan minum slimming tea di jangka waktu yang panjang akan beri kesan kepada buah pinggang kita? Maksu ada stok teh Nona Roguy, tapi sekarang ni tak sure samada patut amalkan atau tidak.

    maksu pun kurang setuju tentang cadangan makan nasi lemak. Bagi kita yang sedang cuba kurangkan berat badan, rasanya lebih elok kita elakkan makan nasi lemak. Bukan setakat santan, malah sambalnya juga yang dah di tumis dalam minyak, dan cili bohnya yg ada preservatives. Makan sekali sekala tu boleh lah.

    Opps panjang pula komen (bukan kritik ya :))

    ReplyDelete
  4. Hcy..Ida sebenarnya x dan pon nak membaca esp berkaitan biologi. (bio sokmo boleh markah rendah n masa SPM, pencapaian bio low skali ;). Masa tu Ida dok google benda lain, tiba2 ada iklan, slide powerpoint muncul dan explain dgn cara yg simple dan senang difahami ttg fungsi hati. Pastu mula dia nak iklan e-book, ida tutuplah slide tu :)

    Tini..don't worry psl nasi lemak, bila k.ida ajak makan nasik lemak, bukan makan hari2. Sekali-sekala, apatah lagi yang mak masak sendiri, kelapa original lagi you..nyum! Tini mesti masak nasik lemak pakai santan paket cam k.ida. Betul tak?

    Apa yg k.ida maksudkan dr kita grab yang canned or whateverlahkan, baik kita pi beli di gerai2 makcik tu..cepat, enak dan lagi sihat dari yg mempunyai preservatives.

    K.Ida lebih trust nasi lemak, roti canai dan masakan dari gerai2 dari cereals. To me cereal dapat bertahan lama, but makanan2 yg dijual digerai2 by lunch time dah basi which means preservatives tidak digunakan (ataupun adakah makcik yg menjual x begitu menjaga kebersihan? ;)

    Though listed nasi lemak 400-600kcal sepinggan, meehoon goreng 600kcal, k.ida tetap makan tapi dalam kuantiti yg sedikit dan jarang2. Cannot leavela makanan melayu, sudah sebati dgn darah ni ;)

    The truth is k.ida x buang terus brg2 yg ada preservatives, kicap, cili sos, sos tomato, canned tuna, quaker oat, cereals, santan paket, sosej, nugget, instant roti canai (x kuasa nak menebar roti canai beb!) though tau ada preservatives, nak cepat n kurangkan stress.. heheh.

    ReplyDelete
  5. YM..ida x penah buat detox, tambah2 bila baca kena tubik masuk tandas byk kali, x sir lah. ;)

    Ida jgk jenis x suka makan ubat, kalu demam, batuk n selsema, Ida biarkan sbb tahu demam 3 hari pasti ok. Cuma batuk n selsema mungkin lama sikit. ida berehi makan madu as remedy.
    But, now I'm on medication. Don't worry nothing serious. Nantilah citer later.

    When ida tulis bahan2 kimia termasuklah ubat2an yg kita makan, panadol dan whateverla ubat time2 sakit. Dan kita tahu kebanyakkan ubat ada side effect, hati pon sibuk dok singkirkan bahan2 kimia dr ubat2an.

    Jamu Ida x sure la pulak, kalau ada preservatives serupola dgn ubat. Ida pon dok minum Jamu Tea Mustika Ratu, ni 2nd kotok doh, kurang2 kena minum 6/7 kotok, baru ada effect..katanyalah..yo ko dok, x tahu.

    Tapikan, maksu Ida dok tgk sorang/dua kawanlah yg sorang tu my age n the other 40yrs old tp look younger than me. Cantikkkk sgt dan x de jeragat, mmg rajin makan whateverlah vitamin n multivitamin, so sbb Ida dok geram kat kulit yg kering dan x moisture dr dulu, I'll grab Evening Primrose Oil Capsul baru2 ni. Lepas bali baru baca testimony, alohhh byk side effect pulok. tapi nok perabih jgk, pastu x sir beli doh.

    Abe Re jgk dr dulu x suka Ida nak beli slimming pils or even pil perancang. Ida penah suarakan nak makan pil perancang, tp Abe Re takut Ida jadi koho gemok. So, merancang naturally lah. Nasib baik x bertepok sebelah tangan, bertepok dgn Abe Re, kalu dok soh lama doh ngandung. Ida x sir ngandung lg coz my weight is 60kg, kalau ngandung, paling min 70kg. 70kg?! Sesungguhnya Ida x rela..hahah.

    Seriously, Ida x suka kalau kata 'elak' nasi lemak. Ida lebih senang guna perkataan kurangkan@makan sekali sekala mcm maksu cakap.

    Ni dr experience Idalah. Katalah kita elak terus dr makanan2 yg kita suka, jauh disudut hati Ida terliur. then, I'll say, x per makan sikit jer, tapi lepas tu..eh, sedap pulak! sebenarnya, sbb lama x makan, Ida akan ngap sepuas hati. Tapi kalau kita kdg2 makan apa yg kita nak makan dgn kuantiti yg sepatutnya, akan tercontrol sbb Ida akan cakap makan sokmo doh.

    Sini x dok cili boh, bonda mertua sentiasa mengirim cili kering pada menanti kesayangan nih;) Yang Ida perasanlah, kalau masak sambal tumis guna cili boh, kebiaasannya cili tu le'it, tapi kalau makcik jual guna cili kering, bila makan sambal tumis, lado lekat celoh gigi..hihi (mesin cili kering x hancur molek)

    By the way u alls, yang saya tulis 'Aku ape kesah..' bukan kepada mana2 ahli @ pembaca tapi tujukan khas kpd byknya kenyataan yg menyangkal/menolak ttg minum 8 gelas air itu. (Takut ada yg tersalah faham..:)

    Wah, panjangnyer jawapan komen boleh buat satu entry gitu :D

    Okay, HTML x nak accept sbb panjang jelo, so kena kerat dua!

    ReplyDelete
  6. Ky/hcy sbnrnya setuju dgn Ida pasal preservatif dll food additif eg conditioner, emulsifier, stabiliser, caramel, flavouring, colouring dan byk lagi..mmg byk juga kesan sampingannya spt menyumbang kpd penyakit cancer. Sbb tu seblh2nya elakkan.

    Krn itu, Ky/Hcy setuju kita memilih utk makan nasi lemak/nasi belauk/nasi kerabu/nasi dagang drp mkanan2 yg dah hilang keasliannya tu dgn memastikan mrk tak bubuh MSG la pulak..

    Tp, tau tak, sedihnya Ky/Hcy apb tgk ingredient keropok ikan kita yg masuk MSG, juga kerepek pisang dll. Mrk dah hilangkan keaslian makanan2 kita tu.

    Oh ya, kalau nak makan nasi lemak tu, krgkan mengambil sambalnya ya..

    ReplyDelete
  7. Satu lagi isu, negeri kita ni/penduduknya/makanan rujinya adalah nasi. Mmg Allah dah jadikan mcm tu. Kita tokleh tanam gandum, tak sesuai/tumbuh. Bknkah itu bermakna makanan yg lbh sesuai dgn kita tu ialah nasi. Bkn roti.

    Dan kalaulah satu masa..berlakunya sekatan makanan ke apa..gandum tak sampai tempat kita..mcm mana keadaan org kita yg dah ubah makanannya drp nasi kpd roti blh hidup pd masa tu. Masa kita bergantung kpd makanan yg tidak bersumbertanikan ng kita sendiri?

    ReplyDelete