Atas nasihat doktor, saya terpaksa bercuti dari bersenam selama 2 minggu.
Jangan bimbang, kecederaan ringan yang saya alami ini bukan di sebabkan oleh senaman untuk melangsingkan badan. Petang semalam, saya dan suami menemani anak kesayangan kami berlatih menunggang basikal di gelanggang bola keranjang(ya, dia sudah pandai menunggang basikal, yay!). Sambil memantau pergerakan anak, kami bermain baling bola keranjang ke dalam golnya (adakah ia di panggil gol? Entahlah).
Pada jaringan ke empat, saya melompat untuk membuat jaringan. Bila saya landing, entah macam mana saya tidak landing di atas tapak kaki kiri, sebaliknya landing di atas buku lali, sementara kaki kiri saya pula terlipat ke sebelah kanan. Akibatnya, kaki saya terseliuh dan membengkak seperti bola.
Perasaan saya? Jangan tanyalah, sedih, kecewa dan takut. Saya menangis teresak-esak di gelanggang bola keranjang, dan kemudian menangis lagi sewaktu suami meletakkan ketulan ais di bahagian yang bengkak. Inilah kecederaan disebabkan bersukan yang paling teruk pernah saya alami. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Fikiran saya juga berkecamuk mengenangkan petang ini saya perlu menghantar anak ke kelas masakan. Mengikut rancangan, selepas menghantar anak saya akan ke Kompleks PKNS untuk membeli hadiah harijadi buat bonda tersayang dan kemudiannya ke pasaraya untuk membeli bahan2 untuk membuat mousaka. Ibu mertua saya meminta saya memasak mousaka untuk majlis mengajinya pada hari rabu ini. Nampaknya saya terpaksa batalkan rancangan saya, sebab sekarang ini hendak berjalan dari ruang tamu ke dapur pun terasa sakit.
Semalam saya rasa takut sebab suami pernah mengalami pengalaman yang hampir serupa dengan saya. Bila ke klinik, doktor kata tiada apa-apa, tetapi sakitnya berlarutan hingga lebih sebulan. Akhirnya dia berjumpa doktor pakar, dan doktor tersebut mendapati tulangnya retak. Itulah yang saya takut sangat. Suami sudah pesan, kalau sakit berlarutan, saya patut ke klinik hari ini untuk mendapatkan x-ray. Saya harap tidak akan sampai ke tahap itu.
Nampaknya saya juga tidak dapat menimbang berat saya hari ini sebab saya hanya mampu berdiri di atas satu kaki. Jadi saya akan letakkan berat badan yang saya timbang dua hari lepas.
Apa-apapun, saya harap teman2 seperjuangan di sini dapat terus mengamalkan gaya hidup sihat. Selamat berjaya!
SSie ko adik saya..hrp tak berlarutan/cepat sembuh.
ReplyDeleteSenaman sambil duduk/baring blh buat kot?
buat xray kat Klinik Baharudin Section 2. biasanya kalau terseliuh as such, perubatan modern tak jalan. apapun, xray dulu. kalau confirm just terseliuh, pergi berurut plus rajin bandage kaki. antara petua org tua, kapur dicampur dengan asam jawa. atau bakar bawang putih, campurkan dengan minyak masak. that day ai tenyeh biotrim (produk biosirih) dekat buku lali ameer, alhamdulillah sekejap je dah OK.
ReplyDeleteMasyaallah..get well very, very, very, very soon. Congrats, maksu berjaya turunkan 1 kg! Don't worry Ida x sempat nak kejar maksu this week, makin naik!!...ngee.
ReplyDeletepssst..mousaka tu gapo? bunyi mcm makanan Jepun ajer.
IWA: Saya nak rest dulu beberapa hari ni.. bagi peluang kecederaan saya sembuh. Lepas tu tengoklah, mungkin cuba angkat dumb bell je.
ReplyDeleteTini: Okay I nak cuba yg bawang putih tu. Thanks for the tip. X-ray tengok dululah.. sbb hari ni rasa bengkak & sakit dah kurang dari semalam.
Nida: Thanks dear. Maksu bukan risau Ida nak kejar maksu.. tak pe kejarlah. Maksu cuma kecewa sbb tak boleh nak exercise.. takut nanti balik ke takuk lama. Moussaka ni dari belah2 Middle East/Greek lah Da.. resepinya pakai daging cincang, terung, jintan, bell pepper, plum tomatoes, cheese, milk etc. Maksu sendiri tak minat, tapi selalu dpt permintaan dari keluarga mertua utk buat. Resepinya dari buku Chef Wan.