Bila tengok Nida dan IWA letak rutin senaman mereka di laman ini, saya terpanggil untuk berkongsi rutin senaman saya juga.
Saya mula bersenam pada 25 Januari 2011, selepas timbul kesedaran tentang betapa tidak cergasnya badan saya ini. Lagipun sebagaimana geng2 di sini sedia maklum, saya membawa beban ekstra di sesetengah bahagian tubuh saya. Menyampah dengan keadaan ini, saya malas nak berfikir panjang lagi, lalu terus mulakan senaman.
Senaman utama saya ialah dari DVD Denise Austin: Burn Fat Fast. DVD ini mengandungi warm up (5 min), Cardio (20 min), Strength (20 min) dan Cool Down (5 min). Saya melakukan Cardio dan Strength secara berselang seli: satu hari Cardio, esoknya Strength. Begitulah berulang2. Bila di campurkan dengan warm up dan cool down, tempoh saya bersenam dalam satu hari ialah 30 minit. Biasanya saya bersenam di waktu pagi.
Kadang-kadang saya ke taman permainan yang berdekatan dengan rumah saya untuk jogging (nama saja jogging... saya lebih banyak berjalan dari berlari). Masa saya mula2 bersenam dulu, saya langsung tidak boleh berlari. Dada saya rasa semput selepas saya berlari dalam 4 atau 5 langkah.
Bila ada kelapangan, saya berkunjung ke gym yang terletak di kelab rekreasi di Shah Alam. Setakat ini, saya baru berkunjung ke gym tersebut selama 3 kali oleh kerana faktor jarak dan masa. Sebenarnya saya suka ke gym kerana ada mesin treadmill dan basikal yang boleh mengira berapa kalori yang sudah terbakar. Berkat berlatih di treadmill, sekarang saya sudah boleh berlari selama 1 minit pada kelajuan 6.2 km/j, berselang-seli dengan berjalan pantas selama 1 minit pada kelajuan 5.4 km/j. Bila saya bersenam begini selama 20 minit, jumlah kalori yang terbakar ialah kira2 115 kalori.
Di samping itu ada beberapa peralatan angkat berat di gym tersebut yang saya suka guna. Senang saja nak tahu alat mana yang saya dah guna: pemberatnya sudah saya tukar ke angka yang paling ringan! Kalau 10 paun yang paling ringan, 10 paun lah yang saya guna. Kalau 13 paun, 13 paun lah yang saya guna.
Di samping senaman-senaman yang saya sebut di atas, saya juga ada melakukan beberapa senaman kecil di rumah seperti berjinjing, tekan tubi ke dinding, dan lain-lain. Beberapa minggu lepas, saya mula melakukan 'squat & lunges'. Malangnya, saya mungkin tersilap teknik kerana ia menyebabkan saya mendapat sakit lutut. Jadi sekarang saya tidak buat squat & lunges lagi. Malah saya terpaksa lebih berhati-hati sewaktu melakukan senaman-senaman utama saya, kerana jika tidak, sakit lutut tersebut akan berulang kembali.
Sekarang saya sudah mula berasa bosan dengan DVD Denise Austin, jadi saya lebih tumpukan kepada berjalan-jalan di taman. Hajat di hati nak ikut brisk walk schedule yang Tini pernah post di blog dietnya sebelum ini. Saya kira ini juga lebih baik untuk lutut saya kerana senaman Cardio Denise Austin agak 'high impact'.
(Harap post ini menjawab persoalan Tini yang menyangka saya selalu ke gym :))
maksu, angkat berat hok style baring ko? camna tekan tubu ke dinding tu? Ida baru try squat 2 hari lepas masa mandi tiba2 teringat nak testing kekuatan lutut, tp wak 3x jah..ketaq lutut sbb kena pastikan lutut blkg dr toes..hihi. smlm berjaya wak 5x tapi rasa berat di blkg keting. Niat di hati nok wak 5x lg ari ni:)
ReplyDeleteangkat berat style duduk & berdiri.. style baring maksu tak buat sbb malu kat org. angkat berat ni bukan dgn tangan je Da, tapi juga tolak dgn kaki dan pusing badan (ini exercise utk bahagian tepi pinggang).
ReplyDeletetekan tubi ke dinding.. berdiri jarak sedepang tangan dari dinding. letak tapak tangan kat dinding dan buat gaya push up. cuba ida google 'wall push up'.
Squat ni susah nak buat kan. Hati2 jgn jadi mcm maksu.. effectnya sampai sekarang. Maksu nak cuba buat wall squat pula.
angkat berat style pusing badan? interesting tu. Ada trainer ko di gym untuk tunjuk ajar?
ReplyDeleteKeting Ida dah 2 hari sakit. tadi nak jog even utk 1 minit pon x gagoh. X taula sbb squat ke apa, smlm x buat pon squat.
Wall squat?! kena google nih :)
Dumb bell rumah ni asal2nye dok dlm bilik kami. Awe simpan. Lps tu budak2 selongkar dan diangkut ke bilik mrk. Ni time depa kecik2 dulu. Bila depa dah besar depa mengemas bilik dumb bell tu dihantar ke balcony. Lama terperuk kat situ sampai Ky/Hcy lupa mana dia..
ReplyDeleteBila Ky/Hcy tanya Awe 4-5 hari lps..dia kata saya dah ambil, basuh dan letak dlm bilik..syioknye..
Semlm, Ky/Hcy try angkat atas, tolak dpn/sisi, hayun sambil berjln/berpusing cukup 5 minit..kecepung atas katil..doh ambo exercise pon tepi kate..
Beratnya 1.5kg sblh..tp bila Ky/Hcy bawa naik atas penimbang..hy meningkat 2.5 kg je utk 2 belah..gamoknya sbb dumb bell tu dah pecah sikit dan pasir dlmnya keluar..
Sbb angkat/hayun dumb bell tu kot semlm dan minum apple cider vineger 4 gelas..berat ambo plg ringan sejak dok turun naik digi scale 4-5 hari ni ialah.......94.7kg, masa bgn tido pagi tadi..
Yes, Hcy! apple cider vinegar tu minuman ko gapo?
ReplyDeleteCuka epal cider tu gamaknya Mat Saleh guna sbg cuka la kot..
ReplyDeleteKami guna utk replace cuka buatan/cuka yg kita gunakan dlm masakan tu. Dan juga sbg minuman kesihatan.
Kat botol dia mmg state dia punya kegunaan. Yg Ky/Hcy guna skrg brand Wescobee, campuran ant apel cider vinegar & honey. Dia suruh bancuh 1 sudu besar ACV + 1 gelas air dan dminum twice daily. Juga dcatat may also be used neat as deliciouc salad dressing.
Dulu2 kami pernah guna brand Brad/Bratt yg botolnya memberitahu lbh jelas ttg manfaat ACV ni.