Saturday, 19 March 2011

Cabaran minggu ke-4: Makan dengan perlahan!

Bila hujung minggu menjelma jer, pasti rutin exercise terhenti dengan sendirinya. Keluar masuk tanpa henti, lagi2 minggu ni family-in-law will be in town this Wednesday. Banyak yang nak disettlekan. adus

Masuk minggu ke-4 ni, semangat exercise 'kurussssss' sesangat. Stress level pulak meningkat. Abang dan Jat perlu siapkan Science Project, (biasalakan anak2 lepak jer, mama dan papa dok kalut dengan projek tu..huhu), rutin harian rumah pun x pernah sudah2 apatah lagi nak menenyeh dan menonyoh sebelum mertua tiba, kuih-muih yang nak difrozenkan belum dicanai pon lagi untuk memudahkan urusan kudap2an nanti, mana2 yang terkoyak belum dijahit lagi dan minggu terakhir March pulak, Abang dan Jat akan menduduki exam quarter ke-3. Markah each subject mestilah above 70%, lower than that FAIL!nangih

Selain dari itu, semangat rasa 'kusssssss' sesangat disebabkan kedua saingan saya, iaitu bonda saudara saya -> sorang telah mengalami kecederaan dan sorang lagi pulang ke kampung halaman. Rasa cam nak melepak ajer, nasib baik ada kumpulan biru.senyum

Resolusi minggu ke-4 (dah nak habis pon minggu ke-4) sama dgn minggu ke-3. Masa exercise dikekalkan selama 45 minit kerana telinga saya memang tak tahan lama mendengar suara nyaring dari seorang kanak2 kecil memanggil-manggil saya masuk. bisingCuti exercise hari Khamis, smlm Jumaat ter'cuti' jugak, sabar jelah.sengihnampakgigi

Cabaran minggu lepas iaitu minum 8 gelas air kerap tidak mencapai target. angkatkeningJadi, cabaran minum 8 gelas air akan diteruskan sehingga menjadi rutin.

Saya juga terhenti sit-up selama 3 hari berturut2 di minggu ke-3! Saya juga tidak berdisiplin melakukan senaman perut. adusJadinya, saya mengekalkan rutin exercise yang sama untuk minggu ini.

Namun begitu saya tetap mencabar diri saya pada minggu ini iaitu cabaran makan dengan perlahan!fikir

Saya (dan juga hubby) mula 'exercise' makan laju2 semenjak punya anak2. Masa zaman anak dara dulu, saya makan macam kura2 sebab tu saya cepat kenyang dan berat saya hanyalah 48kg! senyumkenyit

Semenjak punya anak 9 tahun yang lalu, kami sentiasa terkejar2 makan. Makin bertambah anak kami, makin lajulah 'exercise' makan kami. 2 anak lelaki kami pula memang mudah 'lawas' apabila makanan menerjah masuk ke perut mereka. Tiap kali saya menyuap makanan barang semulut dua kepada 2 orang kanak2 lawas itu, pasti perut mereka memberi 'signal' untuk ke tandas mengeluarkan sisa2 solid yang sebelumnya. Tau jelah, bila kami terlihat sisa solid itu apatah lagi baunya, pastu pulak must rub2 kanak2 lawas punya butt .... okieeee, sila angkat tangan saper berselera nak sambung makan balik selepas tu?busuk

Yer, sepatutnya kami kurusla kan sebab tak sempat nak habiskan makanan tetapi kami tidak begitu. Disebabkan kerap terjadi kisah lawas itu dan menyebabkan kami 'duga balik'@ loya nak sambung makan balik, kami mencari jalan penyelesaian iaitu makan cepat2. Lagipun kami tidak suka kepada pembaziran. takbole

Selepas dari itu sudah menjadi rutin kehidupan kami makan cepat2. gigitjari

Eat slowly pesan FBD. Too often, we hurry through meals sebab terlalu banyak perkara yang kita dok fikir apa yang nak dibuat selepas ini semasa makan. Macam saya, walaupun surirumah, housechores x pernah habis2->while eating asyik berfikir macam2 ajer.

Contohnya:
Breakfast, masa tengah chomp, chomp, fikir macam2->pasni kutip plate, lap meja, sapu apa2 tumpah atas kerusi & bawah meja, cuci pinggan n periuk belanga, ohhhh..dapur .. malasla lap karang nak masak lagi, nak mandikan Iman, apa nak masak untuk lunch yer? ohhh...kain dalam washing machine tak jemur lagi, arghhh.. kain semalam aku x lipat lagi... alahai..nak kena kemas rumah!

Lunch, masa makan, fikir lagi ->pasni kutip plate, lap meja, sapu nasik berlambak tumpah atas kerusi & bawah meja, cuci pinggan n periuk belanga, dapur aku tak nak lap lagilah karang nak masak lagi, apa nak masak untuk makan petang yer? alaaa..nak kena pantau homework Abang dengan Jat, nak kena tidurkan Iman dan Apik...ahhhhh... Bila aku nak update blog/blog diet nih?

Dinner masa makan fikir->pasni kutip plate, lap meja, sapu nasik berlambak tumpah atas kerusi & bawah meja, cuci pinggan n periuk belanga, alaaaa..nak kena lap dapur, dapur aku bersepah, apa aku nak masak breakfast esok yer? oh.. oh.. kena teach Abang dan Jat Islamic Education, nak buat revision dengan Abang dan Jat, nak kena tidurkan semua anak2, eh.. eh.. aku kena exercise!!

Begitulah masa makan asyik berfikir ajer, tak concentrate langsung pada apa yang dimakan/minum. Asyik fikir tentang kerja yang banyak itu sampai makan jadi cepat supaya kerja2 yang dok fikir tu akan dapat diselesaikan dengan cepat. Padahal akan selesai semua kerja tu ...errr.. kalau saya rajin buatlah yer..jelir

Teknik yang perlu saya kuasai ialah bertenang 5-10 minit sebelum makan. Concentrate pada makanan yang akan saya kunyah dan telan atau minuman yang bakal saya teguk. Dalam bahasa yang senanglah, enjoy myself while eating!ros

Tahukah saya sekiranya saya makan dengan perlahan ianya dapat membantu saya mengurangkan berat badan? Hah?! soal

Sila baca disini dulu, kalau sempat saya akan terangkan di post selepas ini. Lagipon masa dok menaip ni fikiran dok terfikir tentang kerja2 saya yang belum selesai!blur

*pssst..lagipun mak mertua akan tiba 3 hari lagi, harap2nya sempatlah exercise makan dengan perlahan.sengihnampakgigi

4 comments:

  1. psssttt biasanya kalau MIL datang, confirmlah boleh kurus sebab tiba-tiba jadi domestic goddess, setiap ceruk disental keh3x.

    ha samalah tini pun makan laju juga, takdenya dapat nak menghayati makan. bukan setakat makan, pegi toilet pun tak boleh nak feel lama-lama :-p

    ReplyDelete
  2. Tini..bukan setakat domestic goddess, malah akan jadi isteri dan mama solehah @ anak buatla apa2 pun, pasti 'pitch' slowwwww jer. My friend said kita semua mmg 'pelakon' yg hebak (org klate oyak hebat, hebak!) di depan keluarga mertua. :P

    Pegi toilet tu dah 9 thn x leh feeeeel, apatah lg nak 'mandi bunga'@mandi lama2 ;)

    ReplyDelete
  3. kih3x bab "pitch" yang tak tahan tu kih3x.

    ReplyDelete
  4. Sapa kata mak sedara sorang je balik Kelate..dua2 lah. Pukul 3 pagi tadi baru kami dua2 sampai balik KL, tumpang Ayahsu.

    ReplyDelete