Baru-baru ini, tanpa saya sedari saya telah menjadikan badan saya sebagai satu bahan eksperimen. Eksperimennya ialah 'Faktor Mempengaruhi Kadar Lemak Dalam Badan' (saya letak sendiri nama ini.. sungguh tak kreatif kan).
Ingat tak, saya pernah tulis kadar lemak dalam badan saya ialah 29.5%? Itu adalah kali pertama saya menyukat kadar lemak dalam badan saya sejak saya memulakan gaya hidup sihat. Saya bertekad untuk mengurangkan kadar lemak tersebut, walaupun saya dapat tahu yang agak susah untuk kita mengurangkan lemak. Bila berat badan kita turun, tidak semestinya lemak ikut berkurang kerana ada kemungkinan apa yang hilang ialah air dan otot.
Bagaimanapun, saya tetap cuba mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan menjaga pemakanan. Dua minggu kemudian, bayangkan bagaimana terujanya perasaan saya bila kadar lemak dalam badan saya telah turun ke 28.3%. Saya mula terfikir, bukannya susah sangat hendak mengurangkan lemak. Dalam masa 2 minggu sahaja, sudah turun sebanyak 1.2%. Not bad kan?
Saya celebrate kemenangan kecil saya itu dengan cara... makan. Maka minggu berikutnya menjadi minggu 'terbabas makan' saya. Saya tidak begitu risau, sebab saya tetap melakukan senaman seperti biasa. Bagaimanapun, akhirnya saya 'membayar' kemewahan makan saya melalui mesin penimbang. Orang kata, hips don't lie. Dalam kes saya, the scale doesn't lie. Dalam masa satu minggu sahaja, kandungan lemak dalam badan saya naik dari 28.3% ke 28.6%. Saya amat kecewa. Mungkin angkanya nampak kecil, tapi ianya amat singnifikan bagi saya sebab jangkamasanya hanya seminggu sahaja dan sepanjang seminggu tersebut saya tetap bersenam seperti biasa. Bayangkan kalau ianya berlarutan selama setahun, dua tahun, tiga tahun. Apa yang menakutkan ialah itulah corak pemakanan saya yang sebenar sebelum saya memulakan gaya hidup sihat. Jadi kalau kesedaran ini tidak timbul, tidal mustahil dalam masa dua atau tiga tahun lagi saya layak untuk menjadi peserta The Biggest Loser.
Selepas mendapat kejutan di mesin penimbang, saya kembali ke alam nyata dan mengawal pemakanan saya. Lagi sekali, mesin penimbang tidak menipu. Dalam masa satu minggu, kadar lemak dalam badan saya turun ke 27.3%.
Apakah faktor utama menyumbang kepada perubahan kadar lemak dalam badan saya sepanjang 4 minggu ini? Jawapannya ialah apa yang saya makan di waktu petang (tea time). Bila saya makan makanan bergoreng (goreng pisang, keropok, karipap) dan berlemak (kek, biskut manis) dan banyak minum minuman manis, kadar lemak akan naik. Bila saya menukarnya kepada buah-buahan, biskut tawar, yoghurt, dan mengurangkan minum minuman manis, kadar lemak akan turun.
Mudah sahaja bunyi kan? Tetapi tidak bagi saya, sebab saya amat gemarkan makanan dan minuman manis. Namun demi kesihatan tubuh badan, saya akan cuba sekuat hati.
Saya boleh!
Yesss! YM blh! Grup Merak blh! Geng of 4 blh!
ReplyDeleteSbnrnya semangat lemah sikit sejak 2-3 hari ni, lps plan makan yg tidak dsengajakan itu..
Sbbnya dah yakin blh..tak susah utk turunkan berat badan apb nampak ia blh turun dlm masa seminggu tanpa diet/exercise yg teruk/pelik..ttp senang juga naik dgn diet tak terancang hy dlm masa sehari..dan after that..susah/liat lah pulak nak turunnya..
Usaha seminggu/dua blh terhapus dgn tak berjaga2 dlm sehari/dua..
errrk..tajuk yg diberi tu boleh buat tajuk research.. heheheh.
ReplyDeleteTruela maksu lemok mmg susah nak 'cair' hanya dgn exer. Gaya makan yg sihat juga perlu. Kalau exer + gaya makan yg sihat di'kapoh'kan bersama, insyaallah pencairan lemok akan laju.
Tapikan, goreng pisang n keropok lekor tu my peberet, luckily x dok ore Arab jual kedua2 makanan kegemaran itu ;)
Hcy..jgn lemah semangat.. kita baru jer bermula. Sekali-sekala terlepas makan tu x po, jgn jadi amalan sudohla.
ReplyDeleteIda sungguh2 setuju dgn hcy statement terakhir tu, sehari jah makan kok sir, hancus diet. Tapi, mcm Ida royakla, kita baru beberapa langkah dr garis permulaan. Kalau kita teruskan usaha murni kita nih n turun byk kilo nanti, insyaallah, kalu terlajak makan sehari pon kita x la frust sgt lagi.
*rasa mace penceramah motivasi pulok..
Tk penceramah motivasi..napok gayonyo penceramoh motivasi keno dok ng Arab sokmola sbb takdok gpise & kleko kat sano nu..tp jgn dok sedap hati..sbb nasi Arab bykkknyooo..
ReplyDeleteBtw tahniahla ko adek ambo tu sbb turun 1 kg..
ReplyDeleteIWA: Terima kasih atas sokongan k Yah. Sebenarnya saya pun dah beberapa kali lemah semangat. Sbb itulah penting kita ada support group kat sini. Sekarang saya belajar menerima kenyataan bahawa saya mmg susah utk menurunkan berat badan. Maknanya saya kena usaha lebih. Tak pe lah, org kata kalau senang turun, senang juga naik, dan begitulah sebaliknya.
ReplyDeleteIda: favourite maksu juga goreng pisang & keropok lekor.. tak payah makan nasi pun tak pe kalau ada 2 benda ni. Sekarang sedang belajar makan sedikit (bukan berhenti terus)
dulu-dulu konon beriadahlah kan petang-petang dengan anak-anak. alih2 terbeli goreng pisang RM2, keropok lekor RM2, ngap-ngap sambil tengok anak-anak dok lari sana lari sini. hoh, patutlah tak kurus2 kih3x. dah sebulan dah tini tak ke playground tu lagi. pegi tempat yang takde gerai goreng pisang/keropok lekor pula, atau sengaja tak bawok pitih. utk pengetahuan geng, anything made from flour and fried in oil sangat-sangat tinggi kalori dan tinggi kolesterol.
ReplyDeleteSeronoklah pulak rasanya bergrup ni..
ReplyDeleteEh kita dah ada pemenang utk minggu lps..:
Dgn rasminya diumumkan Ym adalah pemenang utk minggu 2 krn berjaya menurunkan berat badan sebyk 1 kg manakala 2 peserta saingan pula tlh berjaya menambah berat badan sebyk 200g-500g!!!
Da, nok wi hadiah ggapo ko moksu ni..bengkrap napok kita duo ni..Eh minggu 1 Nidalah pemenangnya..
Ky/Hcy rasa yg lbh utama ialah jaga pemakanan manakala exercise ni pulak membantu utk mengeluarkan lebihan2 input dan utk maintain cergas/sihat.
Yes. Cergas dan sihat.
Tau dah kan gpisang, klekor, kueh manis/bergoreng kita ni sekpg kalorinya antara 170-250 kan?
*Ky/Hcy nok balek Kelate luso..nok aja umi/KLong demo join grup ni..
Tini: Sama lah kita, pergi beriadah, lepas tu 'neutralise' dgn makan goreng pisang. Malah samapai sekarang I masih buat cam ni :( Pergi gym, lepas tu hubby stop beli goreng pisang (Ahad lepas siap beli goreng tapai lagi.. nyum yum).
ReplyDeleteIWA: Ya, kueh2 manis tinggi kalori. Sbb tu saya terkejut k yah makan pulut pagi, akok, sira ubi dlm hari yg sama (sorry, masih tak boleh lupa pasal ni)
Kalau T tak lupa, maknanya layaklah jadi adik ipar Awe..
ReplyDeleteHm..tak terfikir pulak Ky/Hcy..dlm satu hari..makan pelbg kueh manis..yg Ky/Hcy perasan dlm sehari tu makan pelbg makanan berat/berlemak/berkalori tinggi..nasi belauk & nasi lemak & lamb chop..& pulut pagi..Ky/Hcy tak kategorikan pulut sbg kueh tp sbg makanan berat..
Pulut pagi & akok tu saja2 beli bawa balik dr kedai nasi belauk..sira ubi tu lebihan semlm..buat sbb ada org/anak murid Awe dtg mengaji..
YM..samalah, ida pon kalu makan g.pisang + ghepok leko, x makan nasik pon x p0..tp kuantiti tu keno banyoklah..heheh.
ReplyDeletetini..ni k.ida baru lepas buat karipap..dan oh, oh, oh dah ngap 3 bijik! Petang ni lak bercita2 nak buat cekodok sbb pisang dah keno hurung ko 'mugo' terbang.:)
Nak kena control benda bergoreng ni. This week mmg kena control makan pulok.
Hcy..Ida boleh wi hadiah 'maya' jah dulu ko maksu :) Hoh, sapo naik 500g tu?! Kena 'paje' (denda), lari padang pasir 10 round..:D
Tu la..kalu blh ganti nasi..dan makan sekpg dua ok la..ni makan sepinggan rumbu mcm nasi jugak..guano..
ReplyDeletePisang hok keno urong ke mugo tu tok payoh wat jjeput..wat puding pisang ko wat muffin ko..
Hadiah..nok wat gerano ko hadiah ni..
Lupo pulok pasa dendo..
Paje lbh mudoh rasonyo nok apply..pajelah diri sediri dulu sapo hok dpt nombo ggusut tu..