Bila hujung minggu menjelma jer, pasti rutin exercise terhenti dengan sendirinya. Keluar masuk tanpa henti, lagi2 minggu ni family-in-law will be in town this Wednesday. Banyak yang nak disettlekan.
Masuk minggu ke-4 ni, semangat exercise 'kurussssss' sesangat. Stress level pulak meningkat. Abang dan Jat perlu siapkan Science Project, (biasalakan anak2 lepak jer, mama dan papa dok kalut dengan projek tu..huhu), rutin harian rumah pun x pernah sudah2 apatah lagi nak menenyeh dan menonyoh sebelum mertua tiba, kuih-muih yang nak difrozenkan belum dicanai pon lagi untuk memudahkan urusan kudap2an nanti, mana2 yang terkoyak belum dijahit lagi dan minggu terakhir March pulak, Abang dan Jat akan menduduki exam quarter ke-3. Markah each subject mestilah above 70%, lower than that FAIL!
Selain dari itu, semangat rasa '
kusssssss' sesangat disebabkan kedua saingan saya, iaitu bonda saudara saya -> sorang telah mengalami kecederaan dan sorang lagi pulang ke kampung halaman. Rasa cam nak melepak ajer, nasib baik ada kumpulan biru.
Resolusi minggu ke-4 (dah nak habis pon minggu ke-4) sama dgn minggu ke-3. Masa exercise dikekalkan selama 45 minit kerana telinga saya memang tak tahan lama mendengar suara nyaring dari seorang kanak2 kecil memanggil-manggil saya masuk.
Cuti exercise hari Khamis, smlm Jumaat ter'cuti' jugak, sabar jelah.
Cabaran minggu lepas iaitu minum 8 gelas air kerap tidak mencapai target.
Jadi, cabaran minum 8 gelas air akan diteruskan sehingga menjadi rutin.
Saya juga terhenti sit-up selama 3 hari berturut2 di minggu ke-3! Saya juga tidak berdisiplin melakukan senaman perut.
Jadinya, saya mengekalkan rutin exercise yang sama untuk minggu ini.
Namun begitu saya tetap mencabar diri saya pada minggu ini iaitu cabaran makan dengan perlahan!
Saya (dan juga hubby) mula 'exercise' makan laju2 semenjak punya anak2. Masa zaman anak dara dulu, saya makan macam kura2 sebab tu saya cepat kenyang dan berat saya hanyalah 48kg!
Semenjak punya anak 9 tahun yang lalu, kami sentiasa terkejar2 makan. Makin bertambah anak kami, makin lajulah 'exercise' makan kami. 2 anak lelaki kami pula memang mudah 'lawas' apabila makanan menerjah masuk ke perut mereka. Tiap kali saya menyuap makanan barang semulut dua kepada 2 orang kanak2 lawas itu, pasti perut mereka memberi 'signal' untuk ke tandas mengeluarkan sisa2
solid yang sebelumnya. Tau jelah, bila kami terlihat sisa
solid itu apatah lagi baunya, pastu pulak
must rub2 kanak2 lawas punya
butt .... okieeee, sila angkat tangan saper berselera nak sambung makan balik selepas tu?
Yer, sepatutnya kami kurusla kan sebab tak sempat nak habiskan makanan tetapi kami tidak begitu. Disebabkan kerap terjadi kisah lawas itu dan menyebabkan kami '
duga balik'@ loya nak sambung makan balik, kami mencari jalan penyelesaian iaitu makan cepat2. Lagipun kami tidak suka kepada pembaziran.
Selepas dari itu sudah menjadi rutin kehidupan kami makan cepat2.
Eat slowly pesan FBD. Too often, we hurry through meals sebab terlalu banyak perkara yang kita
dok fikir apa yang nak dibuat selepas ini
semasa makan. Macam saya, walaupun surirumah, housechores x pernah habis2->while eating asyik berfikir macam2 ajer.
Contohnya:Breakfast,
masa tengah chomp, chomp, fikir macam2->pasni kutip plate, lap meja, sapu apa2 tumpah atas kerusi & bawah meja, cuci pinggan n periuk belanga, ohhhh..dapur .. malasla lap karang nak masak lagi, nak mandikan Iman, apa nak masak untuk lunch yer? ohhh...kain dalam washing machine tak jemur lagi, arghhh.. kain semalam aku x lipat lagi... alahai..nak kena kemas rumah!
Lunch,
masa makan, fikir lagi ->pasni kutip plate, lap meja, sapu nasik berlambak tumpah atas kerusi & bawah meja, cuci pinggan n periuk belanga, dapur aku tak nak lap lagilah karang nak masak lagi, apa nak masak untuk makan petang yer? alaaa..nak kena pantau homework Abang dengan Jat, nak kena tidurkan Iman dan Apik...ahhhhh... Bila aku nak update blog/blog diet nih?
Dinner
masa makan fikir->pasni kutip plate, lap meja, sapu nasik berlambak tumpah atas kerusi & bawah meja, cuci pinggan n periuk belanga, alaaaa..nak kena lap dapur, dapur aku bersepah, apa aku nak masak breakfast esok yer? oh.. oh.. kena teach Abang dan Jat Islamic Education, nak buat revision dengan Abang dan Jat, nak kena tidurkan semua anak2, eh.. eh.. aku kena exercise!!
Begitulah masa makan asyik berfikir ajer, tak concentrate langsung pada apa yang dimakan/minum. Asyik fikir tentang kerja yang banyak itu sampai makan jadi cepat supaya kerja2 yang dok fikir tu akan dapat diselesaikan dengan cepat. Padahal akan selesai semua kerja tu ...errr.. kalau saya rajin buatlah yer..
Teknik yang perlu saya kuasai ialah bertenang 5-10 minit sebelum makan. Concentrate pada makanan yang akan saya kunyah dan telan atau minuman yang bakal saya teguk. Dalam bahasa yang senanglah,
enjoy myself while eating!Tahukah saya sekiranya saya makan dengan perlahan ianya dapat membantu saya mengurangkan berat badan? Hah?!
Sila baca
disini dulu, kalau sempat saya akan terangkan di post selepas ini. Lagipon masa dok menaip ni fikiran dok terfikir tentang kerja2 saya yang belum selesai!
*pssst..lagipun mak mertua akan tiba 3 hari lagi, harap2nya sempatlah exercise makan dengan perlahan.